berita

[VIDEO] ‘Sabar & Tulikan Telinga’ – 7 Tahun Orang Mengata, Pasangan Menangis Bakal Sambut Zuriat Pertama

June 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai keinginan untuk memiliki cahaya mata. Namun bukan semua pasangan dimurahkan rezeki memiliki zuriat. Ada di antara mereka sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih menanti kehadiran cahaya mata.

Artikel Berkaitan: ‘Kelahiran Pertama & Terakhir’ – Air Ketuban Masuk Dalam Saluran Darah & Leher Ditebuk, Wanita Terkilan Rahim Dibuang

Begitulah juga yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini apabila menerima berita gembira selepas 7 tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Penantian selama 7 tahun

Berita gembira itu dikongsikan menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikTok, Cik Vee. Dalam video tersebut, wanita ini membuat kejutan kepada suaminya dengan menunjukkan keputusan positif dari pregnancy test. Tidak dapat menahan sebak, lelaki ini mengalirkan air mata tapi dalam masa yang sama dia sangat gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan.

Difahamkan, pasangan ini sudah 7 tahun menanti zuriat pertama mereka iaitu sejak dari tahun 2013 lagi tetapi tahun ini mereka dikhabarkan dengan berita gembira.

Ini kisah kami. Penantian 2013 hingga 2021. Macam-macam soalan dan mulut orang dihadap selama ini. Sabar dan tulikan telinga sahaja. Pahit itu hanya Tuhan yang tahu.

Dalam video lain, wanita ini kemudian pergi ke klinik untuk mendapatkan pengesahan doktor. Semasa imbasan dilakukan, jelas kelihatan janin dalam kandungannya. Siapa sangka, penantian 7 tahun berakhir dengan satu perkara yang sangat berharga.

Hadiah paling berharga

@cikvee93Thanks God for this big gifts ????? Love Is Gone (feat. Dylan Matthew) (Acoustic) – SLANDER, Dylan Matthew

@cikvee93Disebalik duka bertukar jadi senyuman dan tawa bahagia ??##penantian7tahun???? ##maduajaibturkey? Beautiful – Bazzi

Sumber: Cik Vee

SKIP THIS AD ×