Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa sedih ketika menerima bungkusan daripada ibunya dari Malaysia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cukuplah! Tak Baik Melaga-Lagakan Kami Adik Beradik’ – Sajat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Buat Kek Batik Ikut Resipi Netizen – ‘Kelakar, Hilang Stres Tengok Dia’
Tak mampu tahan sebak
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkongsi bahawa dia ada meminta ibunya menghantar baju kurung untuk digayakan semasa melakukan siaran langsung di TikTok.
Sajat cakap dekat mak nak baju kurung nak pakai masa buat masak-masak. Lepas itu dia bagi Sajat baju kurung dia.
Sayang nak pakai. Baru sampai tadi, Sajat mintak dia baju kurung sebab Sajat punya dah tak ada. Cakap dengan mak, ‘mak boleh tak hantar baju mak, Sajat punya dah habis semua pakai’.
Usahawan berusia 38 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak lalu mencium baju tersebut kerana rindu yang mendalam terhadap ibunya.
Lepas itu tak sangka pula dia hantar baju dia. Dia ada hantar satu baju kebaya, kain batik dua helai tapi baju inilah yang sayang nak pakai, sebab bau mak saya kan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berasa sedih melihat keadaan Sajat yang berjauhan daripada keluarga selain turut berdoa agar dia dapat berjumpa insan-insan yang disayanginya suatu hari nanti.
@jen.rjane Sedih?? Haraplah dgn baju tu, dapatlah mengubat sikit rindu jat, dapat hidu & peluk?? @nursajat kamaruz zaman @nursajat23 #nursajat #nursajat23 #nursajat237 #sajat #sajatedit #sajatvideo #fyp? #foryoupage #sajatlive
Sumber: TikTok