berita

[VIDEO] Sasha Abdul Aziz Kongsi Perjalanan Bimbing Suami Mualaf – ‘Empat Tahun Menunggu Untuk Hati Dia Terbuka’

April 2nd, 2024 | by Alia
Kini Trending

sasha

Ushawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz berkongsi dengan pengikutnya tentang cara dia membimbing suaminya iaitu Daily Doseof Liu yang merupakan seorang mualaf.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Dedah Sebab Tak Kahwin Dengan Lelaki Melayu – ‘Nampak Kaya Bawa Mercedes, Rupanya Suami Orang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kisah Abang Tesla Buat Saya Teringat Kenapa Tak Kahwin Lelaki Melayu’ – Sasha Abdul Aziz

Suami lembut hati

sasha

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sasha menjawab pertanyaan warganet tentang bagaimana dia membantu suami untuk menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.

Menurut Sasha, setiap hari dia berdoa agar pintu hati suaminya terbuka untuk menerima Islam dengan iman yang teguh.

Empat tahun menunggu untuk hati dia terbuka.

Doa yang saya amalkan tak hebat mana pun, biasa-biasa sahaja. Cuma setiap kali doa lepas solat tu saya mesti akan minta, ‘lembutkan hati suami, letakkan iman dalam diri dia dan moga suami jadi imamku suatu hari nanti.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini menegaskan bahawa tunjuk ajar daripada guru agama juga penting terutama untuk saudara baru seperti suaminya.

Harus dan wajib sebab isteri bukan boleh bimbing sepenuhnya pun silap-silap bergaduh, bertekak.

Guru saya pesan isteri tak perlu nak mengajar suami sangat sebab lelaki ni ada ego dia. Isteri boleh sokong, begitulah. Yang lain biar guru yang bimbing.

Sasha juga menzahirkan rasa syukur dengan perubahan suaminya meskipun perjalanan untuk menjadi muslim yang baik bukanlah sesuatu yang mudah.

Alhamdulillah suami lebih lembut hatinya selepas balik umrah. Apa yang saya mahukan dalam hidup ini adalah keredaan Allah SWT itu sahaja.

Ianya tak mudah, tapi kami dapat lakukan. Sebagai isteri doa banyak-banyak untuk suami, awal-awal tu susah juga. Tapi sekarang dia semuanya dia buat sendiri. Alhamdulillah.

Doakan kami istiqamah.

Sekadar info, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.

 

View this post on Instagram

A post shared by Sasha Aziz (@sashaabdulaziz)

Sumber: IG Sasha Abdul Aziz

SKIP THIS AD ×