Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B dan Kacak mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video trend di TikTok.
Artikel Berkaitan: Kacak Setuju Vida Nak Kahwin, Tapi Sempat Gurau Minta Duit Dengan Bakal Bapa Tiri – ‘No Money No Talk’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Calon SPM Minta Cik B ‘Bela’ Kalau Gagal Peperiksaan – ‘Saya Boleh Jaga DSV’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dah Ada Bodyguard, Sekarang Hanya Perlukan Seorang Kekasih’ – Cik B
Ikut trend
Menerusi video itu, Cik B, Kacak dan Vida melakukan trend ‘saya’ yang sedang rancak di TikTok. Difahamkan, mereka sekeluarga kini sedang bercuti di Switzerland.
Antara ayat yang disebut oleh Cik B mengenai warna kulitnya yang kurang cerah berbanding ibunya.
Saya anak Datuk Seri Vida memang saya guna duit mak pun. Saya anak Datuk Seri Vida memang saya tak ada hati dan perasaan pun.
Lagi menyentuh hati apabila Kacak mengatakan dia, ‘Saya anak Datuk Seri Vida, saya tak ada bapa.’
Dalam pada itu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mempersoalkan kenapa belum sempat menghabiskan ayat sudah dipotong rakaman video.
Saya Datuk Seri Vida.. eh kenapa asyik saya kena cut ja.
Macam-macam respon
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat sikap ‘sporting’ Cik B, Kacak dan Vida. Ada juga segelintir pengikut yang merasakan ayat-ayat yang keluar dari mulut Cik B seakan seperti meluah perasaan sebenar.
Sumber: TikTok