berita

[VIDEO] ‘Saya Bagi Mia Sara Watak Itu Sebab Nak Dia Bertudung’ – Afdlin Shauki

October 11th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Afdlin Shauki Nak Tengok Mia Sara Bertudung

Pengarah, pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan ada sebab mengapa dirinya memberikan watak wanita bertudung kepada anak perempuannya, Mia Sara Shauki dalam filem arahan terbaharunya, ‘Harimau Malaya The Untold Journey’.

Artikel Berkaitan: ‘Followers’ Belum Cukup 1 Juta, Afdlin Shauki Perli Stesen TV – ‘Pelakon Lelaki Terbaik FFM 3 Kali Tewas Di IG’

Nak Mia bertudung

Afdlin Shauki Nak Tengok Mia Sara Bertudung

Ketika ditemui Ohbulan!, Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan berkata, tujuan dirinya memberikan watak tersebut adalah kerana dia mengimpikan anaknya itu untuk bertudung satu hari nanti.

Dia (Mia Sara) berlakon sebagai watak kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Saya bagi dia watak itu adalah kerana anak kepada Datuk Hamidin ini merupakan seorang yang bertudung dan saya memang nak bagi dia watak yang bertudung.

Ini kerana saya nak dia pakai tudung, mungkin boleh bagi pendedahan pada dia bagaimana mengenakan tudung.

Afdlin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran filem ‘Harimau Malaya The Untold Journey’ yang diadakan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada petang Selasa.

Kehidupan selepas berkahwin

Afdlin Shauki Nak Tengok Mia Sara Bertudung

Sementara itu, pelakon filem ‘Buli’ tersebut sempat berkongsikan perkembangan terkini dirinya selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada Ogos yang lalu.

Menurut Afdlin dia ternyata bersyukur dan gembira dengan keadaan dirinya yang sekarang.

Alhamdulillah saya rasa gembira, seronok dan tenang sebab makan minum saya dijaga kembali. Isteri saya faham apa yang saya buat sebab kami juga berkongsi minat yang sama.

Apa yang saya boleh katakan setakat ini Alhamdulillah semuanya baik sahaja. Keluarga saya, bekas isteri dan anak-anak juga okay dengan perkahwinan ini.

Ketika ditanya mengenai respon anak-anak terhadap perkahwinan baharunya itu, Afdlin mendedahkan mereka memberikan respon yang sangat baik dan menyokong keputusannya untuk berkahwin.

Mereka okay sahaja walaupun masa saya kahwin tempoh hari seorang sahaja daripada dua anak saya yang hadir tapi mereka semua okay sahaja.

Lagi pun pada waktu itu saya buat majlis kecil-kecilan sahaja, tak meriah mana pun.

Terdahulu, Afdlin mendedahkan dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga bersama pengurusnya, Marcella pada Ogos yang lalu.

Untuk rekod, Afdlin pernah mendirikan rumah tangga bersama Maria Christina Orow pada tahun 1997 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada April 2023.

Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Video

@ohbulanofficial Slow-slow kita didik.. Inshaallah ?#ohbulan #fyp #news #miasara ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×