Pergolakan rumah tangga antara penyanyi Ziana Zain dan bekas suami, Armin Zaharin pernah menjadi topik hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Terlepas Hukuman Penjara, Bekas Suami Ziana Zain Didenda RM8 Ribu
Artikel Berkaitan: ‘Jodoh Bukan Keutamaan Sekarang’ – Pintu Hati Ziana Zain Masih Lagi Terbuka
Meruntun jiwa
Terbaharu, Ziana bersikap terbuka mendedahkan detik hitam yang menjadi punca rumah tangga dengan bekas suami berakhir dengan perceraian.
Menerusi program bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, Ziana menyatakan dia ‘terpukul’ dengan kata-kata kesat yang dilontarkan oleh bekas suami.
Dalam keadaan sebak, penyanyi berumur 54 tahun ini berkata bekas suaminya tergamak menyebut dia sudah tidak peduli dengan isteri sendiri.
Pada tahun 2016, bekas suami cakap, ‘Ingat saya heran (peduli) ke kat dia? Saya tak heranlah (pedulilah) kat dia.’
Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya.
Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.
Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).
Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya).
Suami adalah individu yang terdekat selepas bapa. Bila dah selalu dihambur dengan kata-kata kesat, hati ini sudah tidak boleh pulih.
Allah bagi petunjuk
@seorangnur Isteri mana yang tak kecewa kena macam ni lagi bila sentuh anak anak ? #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? Putus Terpaksa – Ziana Zain
Bercerita mengenai kesakitan anak-anak, Ziana mengakui salah seorang anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Kata pemilik nama Siti Roziana Zain, dia tawar hati selepas anak lelakinya dipukul teruk dan susulan itu dia nekad untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT.
Pada tahun 2018, saya baru pulang dari penggambaran, saya tengok anak sulung, tunggu pukul tiga pagi. Saya tanya kenapa abang tak tidur lagi, dia jawab ayah pukul adik.
Saya pergi ke bilik dan tengok bengkak muka anak saya macam belon. Tangan dia penuh kesan biru (lebam) dan darah. Saya tanya kenapa? Dia jawab ayah pukul sebab tak reti baca surah ‘Qul huwAllahu Ahad.’
Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi.
Dalam pada itu, pelantun lagu Terlerai Kasih memberitahu doanya termakbul apabila satu persatu ‘rahsia’ bekas suami terbongkar.
Saya buka telefon bimbit dia dan tengok banyak mesej masuk. Saya tak sangka dia sanggup buat isteri macam itu. Sebagai suami, dia kena setia dengan saya, bukan mengkhianati.
Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah nak tunjuk. Saya buat laporan.
Terdahulu, Mei 2018, Armin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.
Ziana berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan berusia 11 hingga 20 tahun.
Bagaimanapun, pasangan itu bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Sumber: TikTok @seorangnur