Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri mendedahkan dia telah diuji dengan penyakit mistik sejak 20 tahun yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Rebah Ketika Majlis Sambutan Ramadan – ‘Biarkan Allah Hukum & Balas Orang Yang Zalim Terhadap Kita’
Artikel Berkaitan:[VIDEO] Haliza Maysuri Berhabis RM3.5 Juta Majlis Anak Lelaki, Menantu Melaram ‘Swarovski Tiara’ Dengan 233 Kristal Jernih
Ada yang iri hati
Menerusi temu bual bersama Nona, Haliza berkata dia sudah berusaha untuk menyembuhkan penyakitnya itu namun gagal.
Saya memang diuji dengan sakit yang tiada ubat, saya diuji begini sejak 20 tahun lalu. Sudah pun berubat di hospital swasta, di hospital kerajaan..dalam dan luar negara.
Saya selalu bermimpi dan nampak apa yang manusia normal tak nampak. Berubat ke sana ke mari tapi lebih sakit.
Dalam pada itu, usahawan tersebut turut berkongsi pengalamannya semasa mengalami perut busung.
Bila saya berada di tempat perniagaan saya, akan mudah jatuh pengsan dan banyak kejadian pelik terjadi kepada saya.
Saya pernah mengalami busung yang sangat sakit. Ketika saya ada di butik, perut saya seperti orang mengandung dan membesar.
Kalau di rumah, akan terjadi apabila masuk waktu asar sampai lepas maghrib kemudian baru ianya kempis semula.
Bercerita lanjut, Haliza mendedahkan dia pernah dihubungi oleh seorang pengamal perubatan yang mengetahui tentang urusan jual beli perniagaannya.
Pernah saya berniaga di butik saya di Jalan Tengku Abdul Rahman, ketika itu ada pelanggan daripada China memborang tudung sebanyak RM200,000.
Yang saya hairan, macam mana pengamal perubatan ini boleh tahu.
Dia telefon saya, ‘Haliza, malam ni berubat..pandai sangat berniaga, orang lain RM200 pun susah nak dapat kau berniaga RM200,000 senang sahaja.’ Dia kata dia nak buat lagi.
Sementara itu, Haliza berkata suaminya, Mohd Rosli Awang banyak membantunya dan sudah terbiasa dengan situasi tersebut berikutan ianya sering terjadi.
Terdahulu, Haliza Maysuri tiba-tiba rebah semasa majlis sambutan bulan Ramadan yang dianjurkan oleh syarikatnya baru-baru ini.
Warganet kemudian mendakwa insiden tersebut berkemungkinan berpunca daripada penyakit ain akibat perasaan hasad dengki seseorang.
@nona.my “Saya diuji dengan penyakit yang tiada ubat..” Haliza Maysuri Nantikan video penuh Bling Bling Raya di YT & FB Majalah Nona. #majalahnona #nona #blingblingraya #halizamaysuri #bawalexclusive #malaysia #singapore #indonesia #brunei
Sumber: TikTok Nona