Pelakon Zain Saidin mendedahkan dia jatuh cinta dengan isterinya, Rozita Che Wan ketika aktres itu tidak mengenakan solekan di wajahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Aaisyah Belajar & Berjaya Siang Ikan Seawal Usia 9 Tahun
Artikel Berkaitan: Untung Che Ta.. Dapat Zain Tak Cerewet Bab Kerja Rumah, Balik Lepak Pukul 4 Pagi Pun Boleh
Jatuh cinta tanpa make-up
Zain atau nama lengkapnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 40, mengakui mengenai perkara tersebut menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok.
Betul saya jatuh cinta dengan Che Ta (Rozita) waktu dia tak pakai make-up.
Dalam perkongsian sama, turut dilihat pelakon dan pelawak Lan Pet Pet.
Lan yang juga abang ipar kepada Che Ta turut mengakui kecantikan dramatis berusia 51 tahun itu.
Amboi, hang (awak) make-up cantik, tak make-up pun cantik.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berasa teringin untuk melihat wajah ibu kepada tiga cahaya mata itu tanpa secalit alat solek.
Sekadar info, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan Zain pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia 10 tahun.
Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.
Video
@rozitachewan1 Walaupun kami ipar duai tp jaqang2 la dpt jmpa.. msg2 sebok kata… depa plk kalau mai qumah , tk pukui 12 mlm depa tk sampai? tp nihhhhhh jaqang2 pulak Lan pet pet puji kami .. kiqa betui la tu kan???? . Tunggu besok tau … ya Allah ! Tk sabaq nnya kami ? . #cekangjelita #cheta #cekangsampaiqaya #rcw #rozitachewan #lanpetpet #fyp ? original sound – ROZITA CHE WAN
Sumber: TikTok