Hanya kerana terlalu rindu, seorang gadis membuat pendedahan bahawa dia pernah melakukan ritual pelik semata untuk ‘berjumpa’ dengan kekasihnya yang telah meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Lelaki Dedah Jadi Gay Sebab Abang Kandung, Rasa Dianiaya Dapat HIV
Kena makan sirih & berbogel
Menerusi sesi podcast bersama pempengaruh YouTube, Bros Gang TV, gadis tersebut memaklumkan bahawa dia perlu mengikut segala permintaan yang diminta oleh tok dukun seperti membaca mantera dan memakan sirih demi memastikan impiannya itu tercapai.
Masa tu saya tak fikir apa-apa, saya memang nak jumpa sangat dengan arwah (kekasih). Kemudian saya perlu ikut apa yang disuruh seperti membaca mantera dalam bahasa Jawa.
Lepas tu, benda yang saya paling tak boleh lupa dia (pawang) suruh saya makan sirih. Sebenarnya saya tak pernah makan tetapi saya makan sebab itu antara prosedur dia.
Menurut gadis itu lagi, dia kemudiannya diberikan bungkusan kain berwarna kuning dan diminta untuk meletakkannya di dalam bilik tanpa pengetahuan orang lain.
Lepas saya makan sirih tu, dia ada bagi sesuatu yang saya sendiri tak tahu apa sebenarnya benda itu.
Ia diletakkan di dalam bungkusan kain berwarna kuning. Dia suruh saya letakkan di dalam bilik tapi jangan bagi orang nampak.
Dalam pada itu, ketika ditanya apakah prosedur seterusnya yang perlu dilakukan, gadis tersebut mengatakan bahawa dia dinasihati untuk melakukan ritual tersebut dalam keadaan tanpa seurat benang pada waktu malam.
Dia kemudiannya suruh saya buat ritual itu pada waktu malam dalam pukul 9 atau 10 malam macamtu sebab tak boleh buat pada waktu pagi atau pun tengah hari.
Pada bungkusan kain kuning itu sebenarnya ada tertulis mantera, jadi saya diminta untuk membaca mantera tu dalam keadaan berbogel.
Video
@brosgangtv Antara sharing interview paling pelik yang pernah kami borak dengan tetamu. Tetamu ini kongsikan mcm mana dia lakukan ritual untuk bersama dengan arwah pasangannya..#fyp #kisahbenar #foryourpage #tiktokmalaysia #podcast #bgtv #brosgangtv ? original sound – BROSGANGTV
Sumber: TikTok