Pelakon, Qasrina Karim mengakui terluka apabila menerima pelbagai kecaman negatif daripada penonton yang mempertikaikan lakonannya dalam drama Thariq Ridzuwan: His Treasure.

Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Akui Khilaf Pakai Tudung Nampak Leher & Rambut

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qasrina Karim Ditegur Netizen, Pakai Selendang Nampak Leher & Anak Rambut – ‘Pakai Pin At Least’

Sedih

Ketika ditemui OhBulan!, Qasrina, 29, berkata walaupun dia cuba untuk bersikap profesional namun ramai yang mempertikaikan kemampuannya.

Menurut Qasrina, ramai mendakwa dia hanya dipilih untuk watak tersebut kerana fizikalnya semata-mata.

Sejujurnya banyak komen negatif yang buat saya rasa ‘down’. Memang ada yang tidak percaya dan kritik secara personal bukan pada lakonan tapi pada fizikal saya.

Saya manusia biasa ada hati dan perasaan. Saya bukan robot.

Lakonan adalah satu pekerjaan yang meminjam rasa, main dengan perasaan jadi macam mana saya nak masuk set penggambaran dengan perasaan yang negatif.

Ada yang cakap saya dapat watak ini sebab fizikal saja iaitu rendah dan ada lesung pipit bukan sebab lakonan saya.

Qasrina berkata demikian ketika ditemui pada majlis tontonan Thariq Ridzuwan: His Treasure bersama para peminat di Cyberjaya pada Rabu.

Beri kesan

Mengulas lanjut, Qasrina turut mengakui tekanan yang dirasai sejak awal penggambaran memberi kesan terhadap lakonannya terutamanya dalam menjiwai watak Husniya Radwa.

Disebabkan itu, Qasrina memilih untuk menyekat akaun-akaun yang meninggalkan komen negatif.

Awal-awal (tayangan drama) saya ada baca komen, tetapi sekarang saya sudah tidak baca.

Sebelum mula shoot saya sudah rasa tekanan itu dan saya selalu baca atau dengar kritikan dari netizen jadi mungkin itu salah satu sebab kenapa saya tidak jumpa rentak Radwa pada awal-awal episod.

Sampai pengarah suruh saya berhenti baca komen negatif sebab takut beri kesan kepada saya dalam pembawakan watak Radwa.

Banyak akaun yang saya ‘block’ dan di TikTok saya kena tekan ‘uninterested’.