Pelakon Rozita Che Wan mengakui sangat menitikberatkan penampilan anak-anak lelakinya, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra ketika keluar ke mana saja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Zaman Sekarang Suami Orang Laku Keras’ – Rozita Che Wan
Artikel Berkaitan: ‘Che Ta Pergi Sekolah Pun Pakai Sarung Kaki, Lepak Kedai Mamak Pun Tidak’ – Ayu Raudhah
Artikel Berkaitan: ‘Saya Sudah Melakukan Banyak Kali Rayuan’ – Che Ta Sedih IG Kena Gantung
No selipar!
Menerusi video di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia tidak membenarkan Ammar dan Aniq memakai selipar ketika keluar termasuk ke kedai serbaneka.
Zaman dulu selipar kan buruk macam selipar jamban. Tapi sekarang okey je. Kalau nak pergi pantai, saya bagi selipar. Ammar dan Aniq ketika mereka membesar, saya memang tak ajar pakai selipar. No selipar, only kasut!
Bagaimanapun, kata aktres berumur 50 tahun, tindakan itu tidak dipraktikan sepenuhnya kepada anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana. Kata Che Ta, gaya penampilan Aaisyah berbeza kerana diuruskan oleh dirinya dan suami, Zain Saidin.
Tapi bila Aaisyah, sebab bukan saya sepenuhnya yang ajar dia tetapi Zain. Bila keluar dengan Zain, rupa anak Zain. Bila keluar dengan Che Ta, rupa anak Che Ta. Ada karakter berbeza.
Dalam pada itu, pelakon drama Jesnita itu menyatakan dia berasa gembira menguruskan pakaian suami serta anak-anak supaya kelihatan sedondon. Katanya, tidak timbul rasa penat kerana itu adalah minatnya.
Sumber: TikTok Media Hiburan