Pemergian bapa tercinta ternyata memberi kesan yang mendalam terhadap penyanyi dan pelakon, MK K-Clique.
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kongsi Nama Anak, Aya Rayana Jadi Pilihan – ‘Bermaksud Bukti Kebesaran Allah & Pintu Syurga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Hadiahkan MK K-Clique Motor Idaman Sempena ‘Birthday’ – ‘Dia Pernah Cerita, Nak Sangat Beli’
Tak sempat mandi & kafankan
@melodiberapi Dengarkan luahan penyanyi MK K-Clique ???? #meloditv3
Menerusi temu bual bersama Melodi, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sebak ketika menceritakan tentang arwah bapanya iaitu Hamdan Abdul Razak.
Saya tak pernah kehilangan orang yang paling rapat dengan saya dan ini adalah kehilangan yang pertama.
Kehilangan ini mengajar saya banyak benda dan untuk lebih menghargai.
Bercerita lanjut, pelantun lagu Risiko itu berkata, dia tidak berkesempatan untuk memandikan dan menguburkan jenazah arwah bapanya.
Ketika itu tidak digalakkan untuk anak saya berjumpa arwah bapa tapi saya ada jumpa dia dan tunjuk gambar.
Tapi saya sendiri tak sempat, tidak ada rezeki nak mandikan, kafan dan kuburkan dia namun saya percaya dia berada di tempat yang baik.
Arwah bapa kami mengajar kami untuk menjadi kuat dan hadapi apa sahaja cabaran. Saya percaya dia ada dan sentiasa ada dalam doa saya.
Anak semakin membesar
View this post on Instagram
Sementara itu, penyanyi rap berusia 29 tahun tersebut turut berkongsi perkembangan anak perempuannya, Aya Rayana yang kini berusia lima bulan.
Alhamdulillah satu pengalaman baru untuk saya dan amat menyeronokkan.
Dia sudah boleh merangkak dan berguling. Alhamdulillah saya juga mempunyai isteri yang luar biasa.
Hajar lagi banyak pengorbanannya dan dia sangat hebat sebagai seorang ibu.
Untuk info, bapa MK meninggal dunia pada 27 Oktober tahun lalu namun dia tidak mendedahkan punca pemergian arwah.
Sumber: TikTok Melodi