berita

[VIDEO] Sayu Hati! 5 Beranak Duduk Bilik Sempit Putus Punca Pendapatan Sejak PKP

April 28th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membenarkan mana-mana individu keluar dari rumah jika tiada urusan penting. Oleh sebab itu, satu keluarga yang bergantung sumber pendapatan berdasarkan hasil jualan di kaki lima serta busking mengalami masalah kewangan. Disebabkan PKP mereka tidak lagi mampu mencari rezeki dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan.

Pengguna Facebook Nor Akmar Qaseh berkongsi video yang menunjukkan tempat tinggal mereka sekeluarga yang sangat sempit dan kurang selesa. Tambah lagi, mereka mempunyai anak OKU yang perlu dijaga rapi.

Bilik sehari RM40

https://www.facebook.com/norakmar.qaseh/videos/1348746591987106/?d=n

Bismillah.

Keluarga ni kalau bukan sebab PKP mereka akan berada di depan SOGO. Kakak ni bersama anak OKU akan duduk di satu tempat menjual permainan mana kala suami akak ini dan kedua anak lelaki yg ada akan busking di situ juga. Dulu kalau aku lalu aku selalu berungut kat dalam hati “kenapa la akak ni bawa anak dia duk kat sini sekali..kesian”.

Tapi kini baru aku faham. Akak ni terpaksa bawa juga kerana tiada sapa yang menjaganya ketika beliau dan suami serta anak-anak yang lain mencari rezeki. Atas desakan hidup yang terpaksa mencari duit untuk membayar bilik sebanyak rm40 ringgit sehari serta pampers susu dan nestum untuk si kakak yang OKU serta untuk makan dan minum mereka sekeluarga.

Ketika PKP ini keluarga tersebut tidak dapat mencari rezeki selain dari mendapat bantuan OKU untuk anak sebanyak rm300. Itu pun diperuntukkan untuk membeli pampers susu dan nestum bagi anak perempuan OKU keluarga ini.

Minta bantuan pampers untuk kakak OKU

Si adik dan si ibu selalu datang mengambil nasi dengan kami. Aku tertarik dengan budi bahasa si anak yang amat lembut sekali dan beradap. Selalu beritahu “ibu nak ambil lebih boleh untuk kakak saya yang OKU dan adik saya yang jaga kakak di bilik. Aku suka sangat cara dia meminta. Kalau kebetulan dia datang nasi dah habis dia akan kata “takpe ibu takpe. esok je” dan dia akan berlalu dengan senyuman walau dalam hati sedih tak tahu mana nak cari lagi buat keluarga yang sedang menanti.

Semalam dia datang pada ku dan berkata “Ibu. Boleh tak saya nak minta bantuan pampers dan susu untuk kakak saya. Duit dah takde langsung. Pampers dah habis”. Dalam keadaan kelam kabut dengan abang polis yang dok tanya itu ini aku menyuruh dia ke Office untuk mengambil sedikit keperluan dapur tapi pampers dan susu tiada dan aku berjanji akan memberinya pada hari ini. Aku tanya pada dia “Esok boleh tak ibu datang rumah tengok kakak awak”. Dengan senyuman riang dia membalas “Boleh ibu. Boleh”.

Maka hari ini aku tunaikan janji. Ajak hero pergi beli susu dan nestum seperti yang di ingini dan terus bergerak ke rumah mereka. Sampai je ke tempat yang dituju hati mula berdebar kerana tempat yang dia bawa aku sudah sinonim dengan aku yang dah berada di kawasan sini hampir 7 tahun. Bermacam cerita suka duka di tempat ini. Bila sebut je Tangga Aso semua agak gerun. Fuhhh.

Tiada bantuan lain selain JKM

Dengan Bismillah aku menyusan langkah meniti satu persatu anak tangga dengan debaran di dada cuma sedikit lega bila hero ada. Sampai je aku agak terperanjat. Tempatnya takde lah kotor sangat tapi amat sempit untuk mereka sekeluarga 5 beranak duduk dan tido di situ. Allahu.

Katanya bila nak tidur malam barang-barang yang ada di keluarkan dan bila siang dipunggah balik masuk ke dalam. Cuba bayangkan dengan seorang anak remaja OKU disitu bagai mana keadaan mereka. Masa aku datang si ayah tiada kerana keluar mencari wang sebab pampers anak dah habis. Hampir menangis aku tapi aku tahan. Aku kuatkan hati bertanya lagi. Tak minta bantuan mana-mana ke. Si anak berkata “Ada ibu tapi dia kata tunggu dulu. Dah lama dah ibu tu tunggu. Sekarang ni cuma JKM bagi untuk kakak sebab kakak OKU. Bilik dah lama tak bayar tapi tokey kata takper nanti dah habis PKP boleh basking semula bayar sikit-sikit”.

Anak yang bongsu selalu diamanahkan untuk jaga kakak sementara ayah ibu dan si abang mencari makanan untuk di makan. Aku tahu aku tak mampu. Aku mohon pada yang mampu bantu lah keluarga ini.

Video di siar dengan izin.

Sumber: Nor Akmar Qaseh

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×