Umum mengetahui, pelawak dan usahawan, Shuib berang apabila pempengaruh bernama CEO Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera.
Tidak henti di situ, Helmie kelihatan memuat naik satu lagi video terbaru buat Shuib.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Buka SSM Tengok Pemegang Saham Terbesar Nama Dia Shahmira Muhamad’ – Shuib Berang Dengan CEO Helmie
Kau selesaikan masalah
Menerusi video tersebut, Helmie seolah-olah mencabar Shuib agar menyelesaikan segala hutang terhadap pekerja dan bekas pekerjanya terlebih dahulu sebelum bertindak mencarinya.
Video ini kepada Shuib. Dengar kata dia cari aku. Sebelum dia cari aku, lebih baik Shuib kau pergi cari bekas pekerja kau, kau bayar duit dulu. Kau selesaikan masalah dengan pekerja-pekerja kau dan bekas pekerja kau. Lepas itu kau ganti balik duit pelanggan yang kena ken*ing dekat kau tu.
Helmie turut mendakwa, bapa kepada empat orang cahaya mata ini mula berubah apabila berkahwin dengan Watie.
Shuib kau tahu kau berubah sebab apa? Ramai netizen dan rakyat Malaysia tengok kau ni macam tak betul dah. Sejak kahwin dengan Watie. Aku nasihat kau tukar bini baru. Cari yang lebih solehah. Opss kau tak layak dapat yang solehah sebab kau pun dua kali lima.
Susulan daripada itu, Shuib berkata, dia akan bertentang mata dengan Helmie. Tambah Shuib, kata-kata yang dikeluarkan oleh Helmie sangat kasar.
Kau ni normal ke tak? Video tuju untuk aku, tapi dekat tik tok kau block aku, dm aku pon kau tak berani nak balas. InsyaAllah suatu hari kita akan bertentang mata. Kasar sangat ayat kau wahai saudara.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Shuib