berita

[VIDEO] ‘Sebelum Komen Kaji & Dapatkan Maklumat Sahih’ – Peguam Adam Shahz Perjelas Isu Tidak Hadir Ke Mahkamah

March 22nd, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili pelakon Adam Shahz tampil menjelaskan isu pelakon lelaki itu yang tidak menghadirkan diri ke mahkamah baru-baru ini bagi kes hak jagaan anak perempuannya bersama pelakon, Fatin Afeefa.

Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Patut ‘Settle’ Urusan Sekolah Anak, Adam Shahz Pula Tak Muncul Di Mahkamah?

Artikel Berkaitan: Masuk Mahkamah Seminit Terus Balik, Suami Fatin Afeefa Perli Adam? –‘Kenapa Wujud Lelaki Macam Ni, Awak Ni Ayam’

Dua kes yang berbeza

Menerusi perkongsian peguam tersebut, beliau menjelaskan bahawa terdapat dua kes yang difailkan ke mahkamah berhubung isu hak penjagaan anak mereka, Ivy Herra Sophia, 7.

Kes yang failkan ada dua kes. Kes yang pertama adalah kes hak jagaan kekal dan kes yang kedua yang baru sahaja difailkan dan sebutannya adalah semalam (Isnin) iaitu kes hak jagaan sementara.

Menurutnya lagi, kedua-dua kes tersebut mempunyai matlamat yang sama namun ia adalah dua permohonan yang berbeza.

Tiada masalah dari segi undang-undang

Peguam Adam menegaskan bahawa ketidakhadiran pelakon drama Juvana itu ke mahkamah sepatutnya tidak menjadi isu. Jelasnya bagi sebutan pertama bagi kes hak jagaan sementara telah diwakili oleh peguam.

Walaupun Adam tidak hadir, peguamnya masih hadir kerana ini adalah sebutan yang pertama. Adam sudah pun berwakalah dengan peguam, jadi peguam hadir ke mahkamah untuk meneruskan prosiding.

Pada hari sebutan, jika peguam kedua-dua pihak sahaja yang hadir itu sudah memadai tapi tidaklah timbul isu beriya-iya memfailkan kes tapi tak nampak muka di mahkamah.

Sebenarnya dari sudut undang-undang tiada masalah kerana kedua-dua pihak diwakili peguam.

Terdahulu, pelakon dengan nama sebenar Fatin Nur Afiffah Shamsudin telah memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) dengan meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya didakwa tidak hadir ke mahkamah tanpa alasan yang kukuh.

Sekadar info, pelakon filem Tentang Bulan itu telah memfailkan bantahan terhadap Adam yang memohon hak lawatan, bersama dan bermalam terhadap anak mereka. Mahkamah kemudian telah menetapkan tarikh sebutan berhubung tuntutan hak penjagaan anak pada 17 April hadapan.

@yanasihar

#court #kehadiran #datangcourt #peguamsyarie #celiksyariah #diaripeguamsyarie #tetuanliyanasiharassociates #LSA

? Coming Home (A Tribute To Diddy-Dirty Money feat. Skylar Grey) – Hitmakers Unlimited

Sumber: TikTok, Instagram

SKIP THIS AD ×