Sedih melihat seorang ayah sanggup berjalan kaki sejauh enam kilometer untuk menemani anak pergi ke sekolah, pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil menghulurkan bantuan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Nak Tegak Benang Yang Basah’ – Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Isu Depan Kaabah, Siap Buat Simulasi!
Artikel Berkaitan: ‘Bagi Saya Masa Untuk Kukuhkan Input & Minta Pandangan Pakar Supaya Kesilapan Lama Tidak Berulang’ – Hafiz Mahamad
Artikel Berkaitan: Hafiz Mahamad Dituduh Jadi Punca Agama Difitnah, Video Depan Kaabah Viral Di Luar Negara
Jalan kaki ke sekolah
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Hafiz dilihat pergi ke Kelantan untuk berjumpa dengan keluarga tersebut. Menurut Hafiz, jarak rumah ke sekolah sememangnya jauh.
Hebat ilmu yang saya dapat dari kisah ini. Bila sampai ke kampung ni, saya tengok jarak rumah ke sekolah. Dalam hati, Ya Allah jauh sangat ni kalau budak-budak dan ayah teman berjalan kaki ke sekolah. Sampai di rumah mereka, saya nampak insan hebat ini. Insan hebat ini adalah seorang ayah.
Cikgu kata, pakcik ni sangat caring. Bukan sahaja pakcik ni teman anak-anak berjalan kaki 6km ke sekolah. Saya nampak di depan mata macam mana dia melayani anak-anak. Naik segan mata saya yang melihat macam mana perhatian yang diberi dari pak cik ni.
Berikutan daripada itu, Hafiz telah menghadiahkan sebuah motosikal buat keluarga tersebut.
Waktu saya hadiahkan keluarga ni motor, saya melihat momen ni. Bila di kedai motor, pak cik ni suruh anak-anak dia yang pilih warna apa yang nak. Bila di supermarket, banyak kali saya cakap, pak cik amik la baju untuk pak cik. Apa yang dicapai dulu oleh pak cik ni adalah susu anak dan barang sekolah anak-anak dulu sambil pimpin anak-anak dia.
Bila sampai di rak makan, dia teman anak-anak dia ambil makanan yang anak dia nak.
Selain menghadiahkan sebuah motosikal, Hafiz turut membawa pak cik itu untuk menggunting rambut dan membeli barang keperluan harian di sebuah pasar raya.
Terima kasih bantu keluarga
Lebih tersentuh, salah seorang anak pak cik itu datang kepada Hafiz dan mengucapkan terima kasih kerana membantu keluarganya.
Bila selesai semua perkara, anak dia datang dan cakap ‘Abe, terima kasih bantu keluarga’. Saya kata pada dia, dulu dan selama ni, orang susah yang bantu, doa dan support business saya.
Hari ini abe nak bagi balik dengan semampu yang boleh. Saya tak sabar nak melihat 20-30 tahun akan datang. Anak-anak ini akan melihat kenangan ini. Belajar dan carilah ilmu. Bila berjaya nanti, tarik dan didik anak-anak kami di esok hari.
Di akhir video, pengasas produk Ainaa Beauty ini berterima kasih kepada semua pihak yang sudi turut serta menolong keluarga tersebut.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Hafiz Mahamad