berita

[VIDEO] ‘Segala Gerak Tari Pelaku Atas Pentas Adalah Di Luar Kawalan’ – Ifa Raziah

May 30th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Usahawan dan penyanyi berkontroversi, Datuk Ifa Raziah tampil memohon maaf berhubung tularnya sepotong video yang disifatkan sebagai kurang sopan ketika di acara StarVendors Foodstival Melaka 2023, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Ifa Raziah & Kak KM Campak Rasa Malu, Tak Takut Dosa?’ – PU Syed Kecewa Tengok Acara Gelek

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Pakai Pakaian Mencolok Mata, Di Manakah Kesalahannya?’ – Ifa Raziah Jawab Isu Tarian Goyang

Permohonan maaf

Menurut Ifa yang juga CEO StarVendors, pihaknya sudah pun memberi penjelasan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas menerima aduan daripada orang ramai.

Malah, dia mewakili pihak StarVendors memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia.

Kami telah dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan menjolok mata dalam konsert yang merupakan salah satu acara di StarVendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah terjadi. Insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors.

Segala gerak tari oleh pelaku diatas pentas adalah diluar kawalan kami. Untuk pengetahuan, mereka tiada kaitan mahupun mewakili syarikat kami.

Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, diatas kekhilafan yang berlaku.

Susulan itu, Ifa berkata, pihaknya akan lebih berhati-hati dan mengambil perhatian sewajarnya terhadap aduan tersebut selain memastikan perkara sedemikian tidak akan berulang lagi.

Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Kami sangat berterima kasih diatas teguran yang berikan kepada kami.

Ianya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian. Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini.

Video

@ohbulanofficial PU Syed bersuara dan rasa kecewa dengan tindakan penyanyi Ifa Raziah selaku penganjur. #ohbulan #sembangentertainment #pusyed #kecewa #dengan #ifaraziah ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×