Penyanyi dan usahawan, Datuk Ifa Raziah menjawab tentang isu video tular tarian goyang bersama Datuk Seri Aliff Syukri. Padanya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pemasaran perniagaannya.
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Ulas Isu Hattan ‘Sekolahkan’ Pembaca Berita -‘Itu Karma, Dulu Mengata Saya’
Artikel Berkaitan: ‘Hormat Sebagai Pemimpin, Saya Beradab Bukan Biadab’ – Ifa Raziah Ulas Video Salam Tangan PM Ketika Berwuduk
Artikel Berkaitan: Perasaan Risau Menyelubungi Diri, Ifa Raziah Hanya Tidur 2 Jam Sehari – ‘Saya Khuatir Jika Acara…’
‘Marketing’ yang menjadi
Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha menjelaskan bahawa tujuan dia melakukan video seperti itu hanyalah semata-mata untuk ‘marketing’ perniagaanya dan menyifatkan ia adalah satu strategi yang berhasil.
Bila saya buat konten macam itu maknanya berjayalah resepi saya, lepas ini saya kena buat video seperti ini lagi.
Sebab saya buat video itu sebenarnya saya nak war-warkan StarVendor di Melaka nanti. Sebelum itu saya ada buat konten bersama artis-artis yang lain tetapi semuanya tak dapat perhatian.
Saya tak bersentuhan pun, di manakah kesalahannya itu? Dan saya tak pakai pakaian yang mencolok mata pun cuma saya tak pakai tudung la.
Dalam pada itu, aktres berusia 47 tahun itu juga berkata video tersebut hanyalah sekadar hiburan untuk menarik perhatian warganet. Malah sebelum ini dia sudah sedaya upaya membuat video yang tidak mencetuskan kontroversi namun tidak mendapat perhatian.
Apa salahnya viral, setahun sekali sahaja saya nak ‘belanja’? Kitakan nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia. Bila saya ‘posting’ video yang saya buat beria-ria semua tak dapat sambutan.. tak ‘FYP’, tak viral.
Maknanya rakyat Malaysia ini dia nak tengok content yang seperti itu. Pada mereka itu adalah satu hiburan, supaya mereka senang nak komen kita. Itu hobi rakyat Malaysia, jadi kita sajikan hobi-hobi rakyat Malaysia dekat situ.
Saya dah buat cara baik dah, tapi tak ada pun orang tengok. Jadi saya fikir dengan Datuk Aliff dan kami buatlah video tersebut..Itu yang menjadi!
Ifa berkata demikian ketika ditemui OhBulan! baru-baru ini di majlis sambutan SukeTV Raya & Anniversary.
Sudah lali dengan kecaman
Pelantun lagu Ser Ser Ser ini dalam masa yang sama sudah tidak peduli lagi dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya kerana sudah lama di dalam industri.
Itu terpulanglah kepada fikiran negatif orang.. Saya tak baca pun kecaman-kecaman itu dan saya ucapkan terima kasih sebab dah viralkan saya.
Saya dah tak hairan dengan makian yang dilemparkan, saya sudah 27 tahun jadi anak seni.
Terdahulu, Ifa dan Aliff Syukri mendapat kecaman hebat daripada warganet kerana memuat naik video mereka sakan bergelek dan menari bergoyang punggung.
@ohbulanofficial Padanya itu hanyalah sekadar untuk hiburan dan pemasaran perniagaannya. ? #ohbulan #sembangentertainment #beritatiktok #ifaraziah #goyang #taktik #pemasaran