Sebelum ini, pelakon Fizo Omar mendedahkan dia bakal menimang cahaya mata ketiga apabila isterinya, Fazeera Nazri disahkan hamil lima bulan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Fizo Omar Kongsi Isteri Hamil Lima Bulan, Peminat Cakap Penat Tapi Seronok Anak Nampak Sebaya
Artikel berkaitan: Tetiba Mengidam Nak Naik Motor, Kapsyen Fizo Omar Cetus Tanda Tanya…Isteri Hamil Lagi?
Artikel berkaitan: ‘Dah Macam Sewa…’ – Bil Hospital Keluarga Fizo Omar Cecah Lebih RM30k
Berikutan daripada itu, Fizo berkongsi satu video yang memaparkan reaksi anak sulungnya, Wan Maryam apabila disoal tentang adik baru. Lebih terhibur, Maryam tidak tahu bahawa umminya sedang hamil lagi.
Kenapa tak nak baby?
Cik Yam tak approve la. Kita orang saja je nak usik dia, masa ni belum tahu lagi Faz pregnant. Macam-macam akal Cik Yam ni. Cuba tengok last-last dia cakap apa.
Menerusi video tersebut, Maryam memberitahu dia tidak mahu adik yang ramai. Tambah Maryam, daddynya perlu kahwin sekali lagi sekiranya mahu mendapatkan zuriat. Menurut Fizo, Maryam berfikir setiap pasangan yang sudah berkahwin hanya boleh dapat seorang zuriat sahaja.
Video
View this post on Instagram
Di akhir posting , Fizo berkata setiap zuriat datang bersama rezekinya. Jadi usah perlu risau, yakinlah dengan janjiNYA.
Kadang tu terfikir macam orang yang pendapatannya rendah tapi boleh besarkan anak yang ramai. Jangan hanya menilai rezeki dalam bentuk wang ringgit sahaja.
Sumber: Fizo Omar