Personaliti media sosial Indonesia, Lucinta Luna sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila melakukan pendedahan kepada umum bahawa dirinya sedang hamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Lucinta Luna ‘Morning Sickness’ Sampai Muntah Darah – ‘Ni Alahan Ke Sakaratul Maut?’
Kenapa kelihatan kempis?
Sebelum ini, Lucinta berkata kandungannya sudah memasuki usia dua bulan. Berikutan daripada itu, netizen sentiasa memerhati setiap posting yang dimuat naik Lucinta di media sosial.
Terbaru, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah mengundang kecaman netizen. Rata-rata netizen mempersoalkan mengenai bahagian perutnya yang kelihatan kempis tidak seperti dalam video ditunjuk sebelum ini. Bukan itu sahaja, netizen turut mempertikaikan bagaimana Lucinta boleh hamil.
Tambah netizen, mereka berharap Lucinta ‘menyerah’ diri ke doktor psikiatri kerana berhalusinasi di tahap yang bahaya mengenai kehamilannya.
Terdahulu, Lucinta terpaksa berpisah dengan tunangnya iaitu Alan yang pulang ke negara asalnya iaitu Ukraine bagi menjalani latihan ketenteraan.
Lucinta yang mendakwa sedang hamil anak Alan memberitahu dia akan setia menanti kepulangan lelaki itu ke Indonesia bagi membesarkan anak mereka.
Sumber: TikTok