Video podcast ‘Borak Dulu Baru Kamu’ yang dihoskan oleh Ubai MZ bersama tetamunya, pelakon Fattah Amin kembali menjadi viral di media sosial.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Jalani Penggambaran Bersama, Tidak Sekali Pun Saya Nampak Fattah Gatal Atau Cerita Hal Wanita’ – Pekin Ibrahim
Artikel Berkaitan: ‘Terus Melangkah Ke Hadapan & Semoga Urusan You Abdul Fattah Amin Dipermudahkan’ – Sherry Ibrahim
Soalan sangat deep
Menerusi video tersebut, Fattah sempat berkongsi mengenai ‘apa yang dia mahu orang lain ingat sekiranya dia sudah tiada lagi di dunia ini’. Menurut bapa kepada seorang cahaya mata ini, dia mahu semua orang mengenalinya sebagai seorang Muslim yang baik dan taat pada perintah Allah.
Pada masa yang sama, dia mahu menjadi seorang insan, bapa dan suami yang baik buat isteri dan anaknya.
Bukan itu sahaja, Fattah turut berkata, dia mahu menjadi seorang artis yang menunjukkan tauladan yang baik kepada peminat.
Soalan tu sangat deep, apa yang saya nak orang ingat dan kenang apabila saya tiada lagi. Saya nak jadi Muslim yang baik dan taat pada perintah Allah. Sebagai artis saya nak beri tauladan kepada peminat sebagai contoh, macam Alif Satar buat. Semua orang nak ikut.
Disoal mengenai nasihat yang terbaik pernah diterima sepanjang kehidupan, Fattah secara ringkas menjawab, ayahnya sentiasa memberi nasihat mengenai solat jangan tinggal.
Ayah saya selalu dan banyak bagi nasihat. Bagitahu saya jangan lupa solat. Sesibuk mana pun jadual saya, jangan tinggal solat sebab solat tiang agama dan akan tegakkan kita sebagai Muslim yang baik.
Kedua, sentiasa memberi kepada mereka yang memerlukan. Fazura pula selalu pesan dekat saya suruh fikir positif. Kata-kata satu doa dan benda itu buat rezeki dia murah.
Di akhir podcast, Fattah diminta untuk memberi nasihat pula kepada masyarakat di luar sana. Ujar Fattah, dalam kehidupan pasti akan ada banyak dugaan dan cabaran. Oleh sebab itu, semua orang perlu menempuh dugaan dan cabaran itu dengan cara yang positif.
Terpulang dekat diri kita nak ambil sebagai kritikan untuk menjadi lebih down atau buat kita lebih baik. Zaman media sosial sekarang kita akan terguris dan terasa kalau orang cakap pasal kita. Apa yang boleh saya kata, anggap Allah dah atur semua yang berlaku. Kalau orang tak cakap, kita akan rasa selesa dan bagus. Bila orang cakap pasal kita, mungkin Allah nak kita perbaiki diri.
Video
Sekadar info, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober yang lalu.
Pada 13 September, Fazura telah memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Mereka berdua mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.
Sumber: Gempak