berita

Video Sekitar Konsert JLO, ‘Dance Again’ Di Malaysia

December 4th, 2012 | by Ai
Video Popular

Ahad lalu telah berlangsungnya konsert penyanyi terkenal Hollywood, Jennifer Lopez (JLO) yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Menerusi konsert sulung JLO di Malaysia, penyanyi terkenal ini telah mendendangkan 15 buah lagu popularnya seperti ‘Get Right,’ ‘Love Don’t Cost A Thing,’ ‘On The Floor,’ ‘Papi’ serta ‘Waiting For Tonight.’

Konsert yang berlangsung selama satu jam 30 minit ini telah dihadiri lebih 8,000 penonton dan kesemuanya berpuas hati dengan persembahan yang telah disampaikan oleh penyanyi ini.

Bagi tidak menghampakan peminat-peminat JLO, jom layan video nyanyiannya menerusi lagu ‘On The Floor’ dan ‘Papi’ sewaktu konsert ‘Dance Again’ Ahad lalu.

SKIP THIS AD ×