Perkhemahan sudah pastinya mengujakan, lagi-lagi perkhemahan di hutan. Banyak yang bermain dalam otak kami ni antaranya nanti nak masak dan makan apa dalam hutan, tempat berteduh dan sebagainya.
Sama seperti kumpulan yang lain, kumpulan gadis ni kongsi pengalaman mereka bertemu dengan Cik ‘Ponti’ saat berkhemah di dalam hutan. Seram weyh!
Perkhemahan bertukar tragedi
( Gambar sekadar hiasan )
Kisah mereka bermula apabila terpisah daripada kumpulan mereka yang lain.
” Pada Sabtu yang lalu, kitorang mengikuti program perkhemahan anjuran sekolah. Aku, Shima, Eira dengan May memang selalu bersama dan pada hari kejadian kitorang dapat duduk dalam satu khemah yang sama. Perasaan berkhemah buat kali pertama sememangnya mengujakan dan ada sedikit perasaan gementar. Maklum la tak pernah nak bermalam dalam hutan. Petang tu, waktu semua sibuk memasang khemah kitorang sempat berselfie mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. Si May ni memang kaki selfie sikit tak kisah la apa yang berlaku…Petang tu berlabuh seperti biasa dan kitorang semua bersiap-siap untuk makan malam…”
Tiba-tiba..
(Gambar sekadar hiasan)
Jangan cakap besar kalau dah dalam hutan..padah nanti tau..
” Shima, seorang yang bermulut murai tapi semurai-murai dia ni tak pernah lokek dalam membantu kawan-kawan termasuk aku ni. Malam tu Shima tiba-tiba menjadi seorang yang pasif dan tak banyak bercakap. Aku rasa pelik dengan kelakuan dia tapi aku tak berani nak tanya. Selesai makan malam, kitorang siap-siap nak masuk dalam khemah untuk berehat setelah melalui hari yang sangat panjang. Sewaktu nak bergerak ke khemah, Shima sempat bisik dekat telinga aku sambil mengengam bahu aku. Disebabkan telinga aku tak berapa nak dengar, satu perkataan je yang aku ingat iaitu ‘PONTIANAK’…Tiba-tiba meremang bulu roma aku, si Shima melangkah laju menuju ke pintu khemah. Aku cuba tenangkan diri dan berfikiran positif tapi… “
Kelibat tak diundang..
(Gambar sekadar hiasan)
Memang biasa waktu-waktu genting ni la dia nak buat hal…
” Aku terus berjalan masuk ke dalam khemah. May dan Eira kelihatan tenang berbaring sambil bermain telefon mereka, cuma aku masih tertanya-tanya kelakuan Shima yang tiba-tiba berubah. Malam tu tenang je, hanya bunyi cengkerik yang kedengaran di dalam hutan tebal tu sehinggalah kitorang dikejutkan dengan cubitan dari May. Rupa-rupanya dia nak buang air, kitorang telah dipesan untuk sentiasa bersama mengikut ahli khemah tidak kira apa yang berlaku sebab nak memudahkan kerja. Jadi Aku, Shima, Eira dan May pun keluar berbekal lampu suluh dan menuju ke kawasan terlindung untuk May membuang hajatnya. Hati aku tergerak nak tanya pada Shima pasal kelakuan dia yang pelik sejak petang tadi. Belum sempat aku nak tanya tiba-tiba kedengaran bunyi seperti ada yang mengilai, dan keadaan yang tenang bertukar seram. Kitorang cepat-cepat suruh May keluar dan duduk rapar bersama. Tanpa sengaja, telefon May telah terakam susuk tubuh makhluk berambut panjang sedang memandang tepat ke arah kitorang. Apa lagi memang macam lipas kudung dibuatnya..!!!!
(Rakaman yang sempat terakam)
Kalau dah berlari sebab ketakutan memang sesatla jawabnya..Tapi..
“Tengah-tengah berlari tu, tiba-tiba si Eira dan Shima hilang dari pandangan aku dengan May. Aku dan May terus berlari gara-gara takut cik Ponti tu mengejar sehinggalah kitorang sampai dekat satu kawasan ni. Waktu tu Eira dengan Shima betul-betul berdiri sambil mengapit susuk tubuh yang berdiri tegak sambil…”
Saksikan di saat ke 0.08 untuk lebih jelas
La..macam tu rupanya pengakhirannya. Menurut Ecah kelibat itu sudah tidak kelihatan sejurus May ajak untuk selfie. Cuma apa yang masih bermain dalam fikiran Ecah adalah kelakuan Shima yang berubah pelik sejak perkhemahan itu masih menjadi misteri.
P/S: Harap korang semua okay dan tidak dihantui dengan cerita ni.