Pelakon Uqasha Senrose reda apabila rezeki anak masih belum berpihak kepada dirinya dan suami, Kamal Adli yang juga merupakan seorang aktor.
Artikel Berkaitan: Netizen Kutuk Gemuk Selepas Kahwin, Uqasha Senrose Tak Kisah Tengah Bahagia Dengan Kamal Adli
Darah haid tak berhenti
@ohbulanofficial Moga baik-baik aja ya. Yang penting kesihatan kena jaga ?? #ohbulan #fyp #sembangentertainment #uqahasenrose #keguguran #dua #kali ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Uqasha mendedahkan dia sudah dua kali mengalami keguguran iaitu pada awal tahun 2022 dan sekitar November.
Cerita aktres berumur 31 tahun, dia langsung tidak menyedari dirinya sedang hamil pada ketika itu.
Keguguran yang pertama ialah ketika saya menunaikan umrah awal tahun lalu.
Pada waktu itu, saya sedang datang bulan yang sudah berlanjutan selama sebulan dan darah keluar dengan sangat banyak tetapi saya diamkan sahaja tanpa melakukan sebarang pemeriksaan doktor.
Kemudian, semasa nak PRU15 sekali lagi saya datang haid tak berhenti.
Uqasha berkata demikian ketika Majlis Tayangan Program Ramadan Astro 2023, di Pullman Kuala Lumpur, Bangsar, pada Khamis.
Sakit teramat sangat
Bercerita lebih lanjut, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyatakan dia mengalami sakit pinggang yang teruk dan perlu menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan darah beku.
Kata Uqasha, usia kandungannya ketika gugur kali kedua adalah dua bulan.
Saya rasa sakit pinggang teruk. Mungkin sudah terkumpul (darah) sejak saya tunaikan umrah.
Pelik sebab saya tak pernah senggugut dan sakit sangat. Seterusnya saya minta Kamal untuk hubungi doktor pakar sakit puan.
Doktor minta buat ujian kehamilan dan keputusannya adalah hamil. Cuma kandungan ketika itu memang sudah tiada. Usia kandungan saya ketika itu dua bulan.
Dalam pada itu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa menyatakan dia terpaksa menangguhkan hasrat untuk hamil lagi akibat jadual penggambaran yang padat.
Siapa yang tak nak cahaya mata sendiri tetapi saya tangguh dulu kerana jadual kerja sangat padat.
Cuma sekarang ini rasa lega sebab akhirnya tahu yang saya boleh mengandung. Buat masa ini mungkin belum ada lagi rezeki saya dan Kamal.
Sekadar info, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.