berita

[VIDEO] Selamba Basuh Tangan Kotor Dalam MRT, Ramai Dakwa Selalu Nampak ‘Auntie’ Ini

December 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak semalam, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang bertindak membasuh tangan ketika menaiki sebuah tren Mass Rapid Transit (MRT). Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang mengecam tindakan dilakukan oleh wanita berkenaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Macam Dalam Filem! Penumpang ‘Cuak’ Pintu Terbuka Masa Tren LRT Bergerak

Basuh tangan dalam MRT

 

Video berdurasi kurang 15 saat itu, jelas menujukkan wanita berkenaan yang membuka botol plastik dan mencurah air ke atas lantai tren MRT bagi tujuan membasuh tangan. Bagaimanapun, wanita tersebut dipercayai sama sekali tidak mengelapnya semula.

Susulan daripada itu, pihak Rapid KL menjelaskan tren yang disediakan bagi kegunaan orang awam sama sekali tidak menawarkan perkhidmatan untuk membasuh tangan. Pada masa yang sama, pihak Rapid KL juga sempat memberikan pesanan kepada orang ramai supaya menjadi penumpang yang bertanggungjawab dan tidak meniru aksi berkenaan.

Respon netizen

Menerusi ruangan balas, seorang netizen mendakwa pernah terlihat wanita ini di stesen Pasar Seni serta Bukit Bintang dan dia  akan turun di stesen Sri Raya.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga dipercayai enggan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu tidak memakai pelitup muka dengan sempurna.

Sumber: ASK Rapid KL

SKIP THIS AD ×