berita

[VIDEO] Selamba Kayuh Belakang Lori, Aksi Bahaya Penunggang Basikal Cetus Bimbang

December 23rd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Berada di jalan raya bermakna kita seharusnya sentiasa berhati-hati kerana pelbagai kemungkinan yang boleh terjadi. Sebagai pemandu, kita haruslah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Walau bagaimanapun, ada segelintir yang bersikap ‘selamba’ dengan mengabaikan keselamatan diri.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Penunggang Basikal Wanita Maut Dirempuh Lori, Saksi Dedah Cerita Sebenar

Seperti perkongsian pengguna Twitter yang dikenali sebagai IniAlannn, seorang penunggang basikal dilihat sedang mengayuh di belakang lori dengan rapat. Keadaan itu telah mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya yang lain.

Disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga

Menerusi perkongsian video yang berdurasi tiga saat itu, penunggang basikal dilihat berada di bahagian kiri jalan berhampiran dengan tayar belakang sebuah lori. Menurut sumber, penunggang basikal itu dipercayai membuat demikian untuk mengurangkan daya tarikan aerodinamik ketika sedang menunggang basikal. Namun, perbuatan itu sangat bahaya kerana tiada apa yang mustahil bila berada di jalan raya.

Foto: Twitter IniAlannn.

Tambah netizen lagi, tidak kira kayuhan untuk kesihatan mahupun kompetitif, peraturan jalan raya haruslah dipatuhi. Pengguna jalan raya diseru menghormati pengguna jalan raya yang lain serta mematuhi langkah keselamatan yang sepatutnya. Sejak tular di media sosial pagi tadi, kebanyakan netizen menzahirkan rasa marah akan tindakan penunggang basikal tersebut yang dikatakan mementingkan diri sendiri. Bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, namun penunggang basikal itu turut membahayakan nyawa orang lain yang turut berada di atas lebuhraya jika berlaku kemalangan.

Sumber: Twitter IniAlannn.

SKIP THIS AD ×