berita

Video : Selepas Alvin & Vivian, Kini Pelatih Anjing Pula?

August 1st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Video 1

Jika sebelum ini pasangan blogger Alvin Tan dan Vivian Lee pernah dikecam umat Islam gara-gara mempersendakan bulan Ramadan kerana memuat naik sekeping foto yang menunjukkan mereka sedang menikmati hidangan Bak Kut Teh sambil mengucapkan Selamat Berbuka Puasa, terbaru seorang pelatih anjing pula didakwa telah menghina agama Islam.

Individu yang dikenali sebagai Maznah Mohd Yusof, atau Chetz didakwa telah menghina Islam dengan memuat naik sebuah video yang seolah-olah mengajak umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anjing.

Video berdurasi 1.45 itu memaparkan bagaimana sambutan Syawal Chetz bersama tiga ekor anjingnya dan lebih menyentuh sensitiviti umat Islam apabila ianya turut diselitkan dengan takbir Hari Raya sebagai suara latar video tersebut.

Dalam pada itu, Chetz turut memuat naik kata-kata berbunyi, Raikanlah Hari Raya bersama-sama tanpa mengira spesis, warna dan asal-usul sambil menunjukkan gambar tiga ekor anjing peliharaannya.

Video 2

Sedutan video yang dihasilkan oleh Chetz

Sejak video ini dikongsikan semula di laman Youtube oleh orang lain dua hari lepas, Chetz telah menerima pelbagai kritikan daripada penonton.

Video 3

Dalam pada itu, seorang selebriti tempatan, Hafiz Hamidun turut menyatakan pandangannya terhadap isu tersebut, di mana menurut penyanyi ini, anjing merupakan seekor haiwan yang tiada agama dan tidak berakal, oleh itu tidak wajar jika ingin mengaitkan ucapan Hari Raya dengan haiwan terbabit.

Hafiz Hamidun

Menurut laporan terbaru, Chetz dikatakan enggan memohon maaf atas kontroversi video tersebut dan menegaskan bahawa video yang dihasilkannya itu bukan bertujuan untuk menghina agama Islam.

Jikalau saya memohon maaf untuk video itu, ia bermaksud saya bersetuju bahawa saya membuat sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Video itu bukan menghina Islam. Membuat tuduhan bahawa saya ingin menghina Islam ialah seperti memfitnah saya

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan video berkenaan untuk tatapan anda semua dan nilailah sendiri melalui pemikiran waras anda sebagai pembaca.

SKIP THIS AD ×