berita

[VIDEO] Seluar Hampir Terlondeh Semasa ‘Shooting’ – Netizen Terhibur Tengok Niezam Zaidi Menghayati Watak

May 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular di media sosial baru-baru ini yang memaparkan seluar pelakon, Niezam Zaidi tersangkut pada tombol pintu ketika melakukan satu adegan drama.

Artikel Berkaitan: Rasa Insaf & Ingin Mendalami Ilmu Agama, Niezam Zaidi Sertai Tabligh

Artikel Berkaitan: ‘Jumpa Kemanisan Beribadah Dalam Lokap’ – Niezam Zaidi

Sedang menjiwai watak

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Niezam atau nama sebenarnya Mohd Niezam Mohd Zaidi sedang berada di set penggambaran drama Segenap Takdir.

Niezam dilihat sedang melakonkan adegan memukul aktres, Siti Khadijah dengan tali pinggang bagi menjayakan drama tersebut.

Namun, ketika dia sedang menarik pelakon wanita itu ke dalam bilik, seluar aktor berusia 30 tahun itu tersangkut pada tombol pintu dan hampir terlucut.

Dia yang sedang menjiwai watak bersama-sama barisan krew penggambaran tidak dapat menahan ketawa melihat kejadian itu.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet yang terhibur dengan insiden tersebut, malah ada yang berulang kali menonton sehingga video tersebut telah mencecah 1 juta tonton dan 64 ribu tanda suka.

@inchecksteady

Haryani ada geng backup.?@sitikhadijahhalim #SegenapTakdir

? original sound – NIEZAM ZAIDI – NIEZAM ZAIDI

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×