‘Influencer’ wanita mendedahkan tindakannya menggesa pembatalan Konsert Coldplay : Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang berlangsung semalam (Rabu) telah mengundang kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Gesa Konsert Coldplay Dibatal, Netizen Ungkit Video Zumba & Isu Anak Menangis Di Kedai Makan
Artikel Berkaitan: Anak Menangis Di Kedai Makan Dipandang Serong, Influencer Geram Mana ‘Common Sense’
Papa kena kecam
Menerusi TikTok,’influencer’ memberitahu bukan setakat dirinya menjadi mangsa bahkan bapanya yang tidak bersalah juga dicaci.
Jelas pempengaruh media sosial itu, bapanya tidak kudung tetapi telah terlibat dalam kemalangan ketika sedang bertugas sebagai anggota polis.
Alhamdulillah. Hari ini sampai kat papa dikecam netizen Coldplay. Teruskan menyokong konsert secara terang menyokong LGBT. Kebanyakan lelaki Islam.
Papa saya bukan kudung. Kemalangan semasa menjalankan sekatan jalan raya sebagai seorang anggota polis.
Dalam pada itu, ‘influencer’ terbabit mendoakan agar penonton-penonton yang pergi menonton konsert dilindungi daripada ditimpa musibah.
Semoga korang yang pergi tak ada ditimpa bala kehilangan anggota badan. Kifarah itu pasti!
Terdahulu, ‘influencer’ itu memohon kerjasama daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan konsert kumpulan muzik terkemuka dunia.
Kata wanita yang sedang memakai telekung bersama ‘contact lens’, sebagai umat Islam, kita perlu menghormati dengan nasib saudara di Palestin yang sedang berdepan dengan kekejaman rejim zionis.
Sumber: TikTok