Semalam teman lelaki kepada mangsa bunuh samun (Siti Nur Surya) yang dikenali sebagai Muhammad Haiqal Adnan, 19 tahun, berkongsi Whatsappnya yang terakhir bersama mangsa. Kejadian bunuh samun ini berlaku di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu.
Artikel Berkaitan: Rancang Kahwin Tahun Depan, Bakal Tunang Mangsa Bunuh Kongsi Mesej Terakhir Sebelum Kejadian
Terbaru, Haiqal berkongsi sebuah video di platfom Instagramnya yang berkongsi kenangan bersama arwah yang membuatkan ramai orang sebak.
Semoga syurga tempat awok
Menerusi video yang berdurasi dua minit 24 saat itu, memaparkan kenangan mereka berdua sepanjang mereka berkenalan. Video tersebut juga menunjukkan screenshort Direct Message Instagramnya yang menyatakan rumah teman wanitanya sudah dirompak. Tidak berakhir di situ, video pengkebumian Siti Nur Surya turut diletakkan pada penghujung video.
Video tersebut meraih ratusan komen yang mengucapkan salam takziah dan mendoakan supaya Haikal terus kuat menghadapi ujian yang mendatang.
Salam takziah
Sumber: Muhammad Haikal Adnan