berita

[VIDEO] Sempena Ulang Tahun Perkahwinan, Izzue Islam Hadiahkan ‘Biar’ Untuk Isteri

June 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pasangan serasi Izzue Islam dan Awin Nurin baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-7. Pelakon Nasi Kerabu Untuk Che Abe itu memuatnaik posting sweet di Instagram khas buat isterinya. Bukan itu sahaja, Izzue turut menghadiahkan lagu Biar nyanyiannya buat Awin.

‘Dia selalu kena kecam, orang cakap buruk…’

https://www.instagram.com/p/CA6r4BhDIqm/

Izzue Islam mengirimkan ucapan manis buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka melalui posting di Instagram. Pelakon ini menyifatkan isterinya seorang yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan termasuk kecaman yang pernah diterima.

Kami selalu gaduh, bertekak, nangis, acah-acah merajuk konon tak mau bercakap tapi tak sampai 5 minit boleh borak gelak-gelak macam tak ada apa-apa berlaku. Tak terasa pun dah lebih 11 tahun kita kenal. Semoga hubungan ini selalu ada dan hidup sampai syurga. Happy anniversary dan terima kasih sayang.

Lagu Biar

https://www.youtube.com/watch?v=19e0idw55xs

Sempena ulang tahun perkahwinan pasangan ini, Izzue Islam mendedikasikan lagu Biar khas untuk Awin. Penggambaran muzik video Biar secara keseluruhannya dijalankan di Tokyo, Jepun. Video ini baru saja dimuatnaik di laman Youtube Izzue Islam sendiri dan setakat ini memperolehi 2.1 ribu tontonan.

Sumber: Izzue Islam

SKIP THIS AD ×