berita

[VIDEO] ‘Semua Yang Hadir Perhimpunan Hendaklah Segera Hubungi Pejabat Kesihatan’ – Ketua Tabligh Masjid Sri Petaling

March 16th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada 12 Mac lalu Kementerian Kesihatan Malaysia sedang giat mengesan lebih 5,000 ahli jemaah tabligh Malaysia yang terlibat dengan suatu perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac. Terbaru, satu video ucapan dari Ketua Kumpulan Tabligh Masjid Sri Petaling yang menggesa semua markaz yang terlibat dalam perhimpunan lalu untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Video yang dimuat naik menerusi Facebook Dr Adham Baba, itu dilaporkan untuk memujuk semua ahli tabligh agar orang lain tidak menjadi mangsa.

Serah diri buat pemeriksaan kesihatan

https://www.facebook.com/497510250297117/videos/3208874682488822/?__xts__[0]=68.ARAxBEoUvVe-w4GQm27XF6L2v0smq5pWeHsFZihlFo7-gz8GZceqqu2hoow8hivHyLBTi9bbl3jCOr1n9Avk54Dwjr5z28UflUi5HIcrCN0bNn3bqzUctw5OKdD7Ny4fUylK32NFFAu8w7Hh2Ti-3PeVqf7CWdSMdsIYMp6MOFkedaCSVHAPuyPezCwV2OuwaDRj7OsVURWEF1SpUpjlbrEq798rwTi39MnK2xenlhCTMgKiFXJu1yG_e59_HJpu8K-nvLVedKWJfsKwHcQR5CgzAMB43Aoi8cby9u9__trXkjnW1xWXpmfjxCnqUCl5ECR18S1s5UkSCZIJXWocawQPMwitDF-hCqCqDA&__xts__[1]=68.ARCw8XvlSltMv_472Hh7mOacyh2yRmRLqEk7Ne5R7ibHl_OGo3SfQ1mArW29MjGYVZzWhG3gU5v9AgZROfJc1ETuu1AwIU05R2cddZAGfkEEVUXl59jYQPg77qn-oqah-IbHVHVqKyEovSy5jJgDU2NN85fc77qFopBVDLg7iHKxbypZJtMzeVpM8KO9GkFnScMblc_lAwxngrblWU8KrpnH224cDV78gzdq6oco3riBTvMSVxdW8xlvzz6JY3ll-BEKLo6FIhW8rZTSgUe_HxaQ_7RQ1t1M0Hqm2jEXr5fIuf-Uee6roDK0rlVk4_XU8cQMKaDMO5_LoRjjv5cka4ZsnVrTRNom1eb7_Q&__tn__=-R

Dalam video tersebut, Ustaz Mansur Bin Ismail selaku Ketua Kumpulan Tabligh Masjid Sri Petaling memohon semua ahli tabligh yang menyertai perhimpunan baru-baru ini agar menyerah diri di saring jika bergejala atau suspek diri terkena kontak positif. Tambahnya lagi, pihak berkuasa ingin membantu dan bukan menghukum agar penyakit itu tidak tersebar ke orang lain.

Segala aktiviti dihentikan serta merta

Selain itu, dia turut menggesa pucuk pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia agar memberi kerjasama kepada pihak berkuasa. Dia berharap agar semua ahli dapat laksanakan tanggujawab dengan bersungguh-sungguh. Di samping itu, segala aktiviti yang boleh menimbulkan kerisauan penularan wabak perlu dihentikan secara serta-merta.

Sumber: Dr Adham Baba

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×