Pelakon, Zarina Anjoulie nekad tidak mahu lagi berlembut hati berikutan pernah ditikam dari belakang oleh sahabat sendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Fathia Latiff & Zarina Anjoulie Sangat Hot Chicks, Tapi Please Gaduh Behind The Camera’ – Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: ‘Fathia Latiff & Zarina Anjoulie Sangat Hot Chicks, Tapi Please Gaduh Behind The Camera’ – Azhar Sulaiman
Anju luah rasa kecewa
Menerusi siaran langsung di TikTok, Zarina atau mesra disapa Anju dilihat sedang memberi respon terhadap pertanyaan warganet tentang isu menolong kawan.
Anju kemudian meluahkan rasa kesal apabila individu yang dianggap teman rapat rupanya tidak pernah mengenang jasa baik malah bercerita buruk tentangnya. Justeru itu, dia berazam untuk tidak lagi mudah rasa simpati terhadap mereka.
Mana kau tau aku tak tolong tapi kalau dah sampai tahap diri sendiri lingkup, masih nak tolong?
Tahun ini aku akan berubah, bertahun-tahun aku kawan dengan kawan perempuan..berkawan lapan tahun tapi dalam lapan tahun tu dia kutuk aku, dia tikam belakang. Spesis wanita macam ni dia busuk hati, dengki dan ‘insecure’.
Boleh kawan 10 tahun, tidur sekatil, lepak hari-hari tapi dia tetap kutuk dan letak pisau belakang kau. Aku pasti korang semua pun pernah kena. Inilah masalah perempuan.
Tahun ini aku nak kurangkan empati aku, daripada sibuk tolong orang macam ni..banyak lagi rumah anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) yang aku boleh tolong.
Menurut aktres berusia 36 tahun itu, sebelum ini terdapat segelintir rakannya pernah mengambil kesempatan terhadapnya berikutan dia memiliki sifat belas kasihan.
Aku ni nampak ‘loud’ tapi aku senang kena tipu, orang ambil kesempatan..aku cepat lembut hati. Aku tahu ada kawan-kawan yang ambil kesempatan tapi sebab kesian aku biar.
Setengah orang dia buat-buat gila, dia tak nak pun kena tolong..dia saja nak ambil kesempatan. Adakah berbaloi kita tolong orang tapi diri kita sendiri jatuh kena heret?
Kau boleh bagi segunung belian, tapi kalau orang tak nak diselamatkan, dia tetap tak nak lepastu nama kau busuk dan kau juga jahat.
Dalam pada itu, Anju mendedahkan dia pernah membantu rakan seindustri yang sedang berdepan dengan masalah.
Kalau kau ambil berat sangat pasal FL pergilah tolong jangan cakap je. Masa aku cakap aku nak tolong FL, aku tolong.
Ada satu malam FL telefon aku, aku pergi tengok dia dari Nilai naik grab sebab kesiankan kawan aku. Siapa pengikut lama aku dia tahulah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan keputusan yang diambil Anju selain mereka juga pernah berdepan dengan situasi yang sama.
@fatiya.latiff Bila anju bersuara lagi dan lagi ? #anju #fyp #viral #bibik #anjulovers #fathialatif #fatiyalatiff
Sumber: TikTok