Pada Jumaat lalu, pelakon Hafidz Roshdi sah bergelar suami kepada cinta hatinya Athira Yuhada dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Shah Alam Selangor.
Artikel Berkiatan: ‘Dia First Love Saya, Moga Pernikahan Ini Kekal Hingga Akhir Hayat’ – Hafidz Roshdi
Artikel Berkaitan: ‘Didakwa Pukul Bini & Nafkah Anak Pun Bagi RM100, Masih Berani Nak Kahwin Dengan Dia?’
Syukur bergelar suami isteri
Menerusi temu bual Melodi, Hafidz yang menggayakan busana serba putih menzahirkan rasa syukur bertemu jodoh kali kedua selain urusan pernikahan mereka berjalan lancar.
Alhamdulillah saya rasa bersyukur ke hadrat Ilahi, hanya dengan sekali lafaz dan semuanya dipermudahkan segala urusan.
Semoga yang baik-baik untuk saya dan juga isteri saya serta yang mendoakan saya.
Aktor berusia 29 tahun itu menghargai jasa peminatnya yang tidak putus memberikan sokongan walau apa pun berlaku.
Terima kasih kepada yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.
Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia. Satu kesilapan dia, semua kebaikkan dia kita dah tak nampak.
Dalam masa yang sama, Athira juga meluahkan rasa syukur dengan perkahwinan tersebut dan menyatakan bahawa dia sudah bersedia dengan setiap cabaran menjadi isteri kepada seorang selebriti.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar, saya dan Hafidz sangat happy. Sekarang saya dah sah bergelar isteri kepada Hafidz. Semuanya dipermudahkan.
Sementara itu, ibu Hafidz iaitu Haniza Ibrahim serta peguam yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader turut mendoakan kesejahteraan kedua mempelai.
Kepada anakanda Hafidz dan Athira, mak doakan supaya kamu berdua berbahagia hingga ke jannah. Mak sayang kamu berdua, jaga diri ya.
Alhamdulillah, syukur Hafidz sudah mendirikan rumah tangga semula. Saya berdoa semoga ikatan ini akan kekal sehigga anak cucu.
Terdahulu, tular undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira yang didakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2023.
Hafidz sebelum ini memaklumkan bahawa dia ada mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan mental yang dialaminya iaitu Bipolar.
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun berpisah pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
@melodiberapi Pelakon Hafidz Roshdi memohon agar peminatnya mendokan kebahagian rumahtangga yang dibina ini. #meloditv3 #fyp??viral #hafidzroshdi #kahwin #athira #ceritaartismalaysia #suhada #sensasi #panas
Sumber: TikTok Melodi