Pelakon terkenal, Shaheizy Sam sering kali berkongsi cara-cara penjagaan badan yang dilakukannya demi untuk menjayakan sesebuah filem yang dibintanginya.
Artikel Berkaitan: Tegur & Ajak Pengantin Berborak Di Kedai Makan, Netizen Puji Shaheizy Sam ‘Humble’
Kongsi menu diet
Terbaharu, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad tampil memuat naik video cara-cara untuk memasak nasi goreng ikan salmon sebagai menu diet yang diamalkannya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Sam yang tampil memakai baju hitam dan berkain pelikat hanya menggunakan bahan-bahan yang sihat seperti beras perang dan minyak zaitun.
Namun begitu, rata-rata netizen tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap resepi yang dikongsikan. Sebaliknya, mata mereka lebih tertumpu kepada dapur rumah pelakon berusia 41 tahun itu.
‘Dah macam restoran’
Menjengah ke ruangan komen, wargamaya tampil meluahkan rasa teruja melihat dapur di rumah Sam sambil menyamakan dapur rumahnya itu dengan dapur di kedai makan.
Video
@shaheizysam Whats cooking? Nasi goreng MALBATT nama dia. #ShaheizySamFitness #Fitness #6pax #Diet #KitaPotong #HealthyLifestyle #MalbattMisiBakara #ForYourPage #FYP #MasukBeranda ? Hanya di kau – Tan Sri P. Ramlee
Sumber: TikTok