Usahawan terkenal Datin Shahida tampil memohon maaf kepada pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman.

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Fattah Amin Nafi Bakal Kembali Bergelar Suami 25 Mei Ini

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta – ‘Dia Bukan Orang Lain, Ibu Kepada Anak Saya’

Mohon maaf

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid menjelaskan bahawa suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri tidak berniat untuk menggelarkan Amira sebagai isteri aktor kacak itu.

Sebelum ini viral, suami saya tanya siapa isteri Fattah Amin. Saya faham, maksudnya bukanlah isteri tetapi dia nak tanya dengan siapa Fattah digosipkan.

Saya faham maksud dia, cuma dia kurang pandai nak cakap secara terus..dia akan jadi bengkang bengkuk.

Semuanya spontan

Menurut Shahida, perbualan mereka tempoh hari berlaku secara spontan susulan Aliff kurang pasti dengan siapakah Fattah digosipkan.

Ini permohonan maaf kepada Fattah dan Amira, semua yang berlaku hanya spontan sahaja. Tak ada kena mengena, tetapi saya minta maaf sangat sebab terlebih bicara. Mulut kami pula macam mak cik-mak cik bawang.

Saya sendiri pun tak tahu adakah mereka akan kahwin atau tidak, tak dijemput pun.

Terdahulu, Fattah menolak dakwaan dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama Amira pada tarikh 25 Mei ini.

Sebelum itu, pengurus kepada Fattah yang dikenali sebagai Aca turut meminta para peminat untuk mendoakan yang terbaik buat mereka susulan spekulasi berkenaan perkahwinan yang bakal berlangsung.

Sumber: TikTok