berita

[VIDEO] Shahz Jaszle & Emma Maembong Dikecam Menari Berpelukan, Netizen Tanya Pasangan Tak Cemburu Ke?

August 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon Shahz Jaszle dan Emma Maembong menjadi topik panas di platform media sosial.

Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Rapat Dengan Shahz Jaszle, Pernah Keluar Bertiga Dengan Isteri

Menari berpelukan

@shahzjaszle #weddingtiktok2022 ? original sound – Shahzjaszle

Ini berikutan rakaman video yang dimuat naik Shahz di laman TikTok. Dalam video terbabit, Shahz dan Emma melakukan transisi penampilan daripada sekadar memakai t-shirt dan ‘short pants’ kepada set baju pengantin berwarna putih.

Pasangan itu dilihat berpelukan tanpa segan malu bagi menjayakan babak sebuah drama.

Pasangan kalis cemburu ke?

Tindakan mesra yang dilakukan oleh Shahz dan Emma mengundang kecaman dalam kalangan warganet kerana kedua-duanya sudah mendirikan rumah tangga.

Rata-rata netizen mempersoalkan perasaan isteri Shahz dan suami Emma apabila menonton aksi kemesraan yang tidak menjaga batas.

Di samping itu, ada juga penonton yang memberi contoh drama Risik Pada Hati yang langsung tidak ada adegan bersentuhan.

Sumber: TikTok @shahzjaszle

SKIP THIS AD ×