Pelakon Syakilla Khoriri enggan memberikan komen sejurus tamat prosiding Sulh berhubung tuntutan hadanah anak perempuannya, Ameena Sofia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Menangis Rindu Ameena, Sudah 2 Bulan Tak Jumpa – ‘Anak Layak Dapat Kasih Sayang Sama Rata’
Artikel Berkaitan: Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Dakwa Sudah Ada Teman Lelaki Sejak Sebelum Bercerai? – ‘Acah Suci Hidup Sorang’
Ada urusan lain
@ohbulanofficial Replying to @Aisha Rahmat433 Syakilla Khoriri tidak memberi apa-apa komen tentang kes hadanah hari ini ??#ohbulan #fyp #news #keshadanah #syakillakhoriri ? original sound – OHBULAN!
Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri bagaimanapun memohon maaf kepada pengamal media sebelum bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah.
Tidak keseorangan, Shakilla ditemani seorang individu yang memandu kereta mewah jenis BMW berwarna hitam.
Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak banyak. Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit. Maaf korang, sorry bye-bye semua. Sayang, thank you so much.
Siapa yang pandu kereta BMW?
Sementara itu, bekas suami Shakilla iaitu Fizi Ali bertanyakan kepada pengamal media mengenai individu yang hadir bersama aktres itu ke mahkamah.
Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta dengan dia naik tu? Tak nampak? Okay tidak apa.
Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri.
Terdahulu, Fizi dan Shakilla hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh, pada Isnin.
Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.
Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.
Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.
Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober.