Penyanyi, Shalma Eliana mendedahkan bahawa dia kini sedang mengalami masalah kesihatan mental sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shalma Eliana Jawab Dakwaan Kena ‘Bomoh’, Mengaku Susah Nak Percaya Lelaki Selepas Putus Dengan Ismail Izzani
Artikel Berkaitan: Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus Cinta, Buang Cincin Berlian Dalam Sungai – ‘Saya Penat Dah Sakitkan Hati Sesiapa’
Masalah kemurungan
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), pemilik nama sebenar Shalma Eliana Bruhanutheen, berkongsi keadaan diri sedang menghadapi masalah kemurungan yang menjerumus berfikiran negatif.
Saya mengalami gangguan mental dan sedang mencuba untuk menjadi orang yang lebih baik.
Saya menangis sepanjang hari. Tidak makan dan tidak boleh fokus. Saya tak pasti bagaimana untuk kekal positif lagi di sini.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini berkata kesan daripada masalah tersebut dia terpaksa menyingkirkan ramai individu toksik dalam hidupnya.
Saya buang ramai orang daripada hidup saya untuk ketenangan.
Tetapi saya rasa sangat sunyi, tiada siapa yang boleh saya percaya kecuali diri sendiri.
Walau bagaimanapun, Shalma akan tetap menjalani kehidupannya dan percaya bahawa dia dapat menangani masalah tersebut walaupun berdepan dengan situasi yang sangat mencabar.
Kadang kala saya tak faham mengapa saya terus menangis. Ini adalah fasa hidup yang saya harus hadapi dan saya pasti dapat menanganinya, sikit sahaja lagi.
Tetapi sangat sukar menjadi seorang dewasa. Saya telah cuba sebaik mungkin untuk berdikari supaya saya boleh banggakan diri dan keluarga saya. Namun saya masih berasa tidak cukup.
Sementara itu, Shalma berterima kasih kepada para peminat yang banyak memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya dan sekaligus menjadi pemangkin untuk dia mengembangkan lagi karyanya.
Oleh sebab itu, muzik yang saya hasilkan sangat penting untuk saya dan sokongan yang diberikan sangat bermakna.
Kadang kala, itu adalah satu-satunya perkara yang membuatkan saya meneruskan lagi apa yang sedang saya lakukan. Terima kasih untuk segalanya.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Shalma Eliana