Perkongsian penyanyi Sham Visa tentang aktiviti senaman yang dilakukannya telah mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Sham Visa Laku Keras.. Tak Menang Tangan Buat ‘Job’ Lakonan, Menyanyi & Jadi Tenaga Pengajar
Artikel Berkaitan: Sham Visa Dedah Terima Lebih 1000 Mesej Setiap Hari, Kebanyakan Dari Wanita Sudah Berkahwin
Selesai 4km
@shamvisaofficial
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Sham atau nama sebenarnya Rohisham Hashim, 53, dilihat dalam keadaan tercungap-cungap dipercayai selepas membuat aktiviti larian.
Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai empat kilometer dan hari nak hujan.
Masalahnya sekarang, rumah saya empat kilometer dari sini.
Nasihat netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang dengan keadaan pelantun lagu Dalam Gerimis itu yang kelihatan penat.
Dalam masa yang sama, mereka turut menasihatinya agar tidak berlebihan ketika bersenam demi menjaga kesihatan jantung.
Jangan diikut sangat cara macam ini, agak bahaya untuk jantung.
Bahaya cara macam ni, jantung boleh berhenti bila-bila masa.
Slow sikit, jangan bagi tekanan pada jantung kita masa usia begini.
Hati-hati Sham, risau sangat tengok macam penat sangat.
Bila macam ni kena duduk diam dan berehat sampai tenang untuk elak masalah jantung atau strok.
Sumber: TikTok Sham Visa