Pempengaruh dan ahli perniagaan, Shaniena Natasya sering berkongsi di media sosial tentang usahanya untuk memiliki cahaya mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Orang Cakap Saya Mandul, Saya Hanya Tumpang Kasih Sayang Anak Tiri Sahaja’ – Shaniena Natasya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Guide Dengan Cara Yang Betul’ – Shaniena Natasya
Tak percaya perkara khurafat
@shanienanatasyaaaa Replying to @Reenzamri
? original sound – SHANIENA NATASYAAAA – SHANIENA NATASYAAAA
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena mendedahkan seorang warganet telah mencadangkannya untuk ke Pulau Dayang Bunting yang terletak di Langkawi, Kedah sebagai ikhtiar untuk hamil.
Bagaimanapun, usahawan berusia 21 tahun itu tidak mempercayai perkara tersebut.
Saya sangat tak faham dengan orang seperti ini. Kenapa kena pergi ke Pulau Dayang Bunting? Ya, saya pernah ke situ, tapi saya tak pernah percaya pergi ke sana untuk dapatkan anak.
Sedangkan nak dapat anak itu adalah rezeki daripada Allah.
Menurut Shaniena, sebelum memeluk Islam dia juga tidak pernah percaya kepada perubatan alternatif iaitu bomoh.
Dulu pun ketika saya belum memeluk Islam, kalau saya tak sihat, ibu dan ayah suruh saya jumpa bomoh. Tapi saya tak pernah percaya tentang bomoh.
Lagilah sekarang saya dah jadi muslim, memang tak percaya benda-benda macam ini. Sebab rasa benda macam ini adalah khurafat.
Shaniena kemudian menegaskan bahawa dia yakin kepada rezeki yang ditakdirkan oleh Allah SWT iaitu dia akan dikurniakan zuriat suatu hari nanti apabila sudah tiba masanya.
Ada yang kata pergi menyelam dekat pulau tu, minum air. Kalau ada orang buang air dekat situ macam mana?
Kalau awak suruh saya makan asid folik atau jamu saya okay.
Tak masuk akal. Anak itu kalau Allah kata nak bagi Dia akan bagi. Saya percaya pada takdir Allah.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Sumber: TikTok Shaniena Natasya