berita

Video: Sharifah Sakinah Mandi Bunga Di Majlis Malam Berinai

March 22nd, 2015 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2015-03-22 at 1.34.26 PM

Rasanya semua pun dah tahu bahawa Sharifah Sakinah bakal menamatkan zaman bujangnya pada 28 Mac ini.

Jadi, sebelum bergelar ratu sehari, Sakinah telah mengadakan majlis malam berinai bersama keluarga dan rakan-rakan artis lain tau!

Memang meriah. Pendek kata, segala persiapan yang dibuat memang grand habis! Siap ada video mandi bunga lagi.

Bidadari Dalam Kolam.. Eh, Michael Ang Pun Ada?

 Janganlah pelik pula dengan headline kami tu. Bukan apa, seronok melihat kegembiraan Sakinah dan rakan-rakan mandi bunga. Michael Ang pun ada tau! Bertambah serilah malam berinai Sakinah dengan telatah spontan Michael Ang. Hihi.

Malam Berinai Bagai Majlis Persandingan

Fuh! Tak melampau kiranya kami katakan malam berinai Sakinah memang top top meletop. Sekali pandang dah macam majlis persandingan pun ada.

Tiba-tiba terasa nak kahwin apabila tengok foto dan video yang dimuat naik oleh Sakinah ni. Kalau nak tahu, antara rakan artis yang turut menghadiri dan meraikan majlis tersebut ialah Elfira Loy, Nabila Huda, Tasha Shila, Anzalna, Jihan Muse dan ramai lagi.

Harapan kami, semoga majlis perkahwinan Sakinah dan Aliff nanti akan berjalan lancar. Apapun, jom tengok sikit kolehsi video dan foto-foto malam berinai #KinaLiff ni. Enjoice!

Kredit Foto: Instagram Sharifah Sakinah

SKIP THIS AD ×