Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita menutup hidungnya ketika menikmati laksa Sarawak.
Dia bertindak sedemikian kerana mendakwa makanan tersebut berbau seperti jamu.
Artikel Berkaitan: Sharifah Zarina Tak Kisah Kena Kecam Nyanyi Lagu ‘Dawai’ Sumbang, Netizen Usik – ‘Jom Masuk PLKN Practise’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Sharifah Zarina Nyanyi Lagu Dawai Sumbang – ‘Terus Pergi Langit Ketujuh, Shaky & Pancit’
Respon Zarina
@realsharifahzarina Gohet terus jie #laksasarawak
? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Tindakan wanita tersebut teruk dikecam oleh warganet gara-gara didakwa tidak menghormati juadah tradisi Sarawak.
Penyanyi, Sharifah Zarina juga tidak ketinggalan untuk memberikan respon terhadap video tersebut. Menerusi perkongsian di TikTok, Zarina atau nama lengkapnya Sharifah Zarina Wan Hassan, dilihat seolah-olah menyindir wanita berkenaan.
Penyanyi berusia 41 tahun itu sambil berseloroh berkata masyarakat di Sarawak tidak perlu mengambil jamu sebagai makanan tambahan, tetapi cukup sekadar menikmati laksa untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Amboi kak, seronoknya gelak. Rasa jamu ke laksa Sarawak? Sebab itulah kami orang Sarawak ni kulitnya mulus, putih, gebu.
Sebab kami ni tak makan jamu dalam botol, kami terus minum kuah laksa Sarawak tu.
Kakak perasan tak kalau dekat Kuching, cantik-cantik je tak kira lelaki atau perempuan.
Kami kalau dekat sana, buka mata je makan laksa. Nanti petang dan malam pun laksa juga.
Kakak tak nak ke bawa balik pes laksa Sarawak? Manalah tahu tiba-tiba boleh jadi gebu dan mulus. Tak teringin? Selamat mencuba!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat reaksi Zarina dan ramai yang menyatakan bahawa laksa Sarawak sangat sedap kerana memiliki rasanya yang tersendiri.
Setuju, orang Sarawak cantik sebab makan laksa.
Yang minat laksa Sarawak auto awet muda.
Ya Allah, laksa Sarawak sedap! Pertama kali rasa terus terpikat.
Sumber: Sharifah Zarina