Dalam diam, pelakon Shasha Abedul kini sudah berhijab sejak sebulan yang lalu.
Artikel Berkaitan: Shasha Abedul Dedah Masih ‘Single’, Nafi Bercinta Dengan Naim Daniel – ‘Saya & Dia Hanya Kawan’
Artikel Berkaitan: Shasha Abedul Bakal Tunai Umrah, Sambut Ramadan & Aidilfitri Di Tanah Suci Makkah
Berhijab
Shasha, 28, berkata, dia terdetik untuk mengenakan tudung selepas timbul rasa bersalah ketika mahu memuat naik foto ‘free hair’ di laman sosial.
Jelasnya, penghijrahan itu dilakukan bukan untuk memuaskan hati manusia, tetapi merupakan perintah Allah.
Sudah lebih kurang tiga minggu atau sebulan saya bertudung. Sejujurnya sudah lama pasang niat nak berhijab, namun saya belajar dahulu lebih dalam ilmu agama dan hadiri kelas.
Saya ingatkan diri sendiri, tindakan ini dibuat bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan juga kerana Allah. Selepas saya akhirnya faham, apa yang saya buat ini perintah Allah.
Perasaan mahu bertudung timbul dengan sendiri apabila ada satu hari saya bangun tidur nak post gambar ‘free hair’ di IG, tetapi rasa serba salah dan tidak selesa. Mungkin hidayah ketika itu sudah sampai.
Apabila perasaan itu sudah sampai, saya tidak tunggu lama. Saya teruskan niat untuk bertudung.
Shasha berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama bersiri Project: Exit yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
‘Dilahirkan semula’
Disoal mengenai perasaan selepas berhijab, Shasha berkata, dia berasa seperti ‘dilahirkan semula’.
Saya rasa seperti ‘rebirth’ (dilahirkan semula). Satu perasaan yang saya sangat suka, tidak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.
Ibu saya orang pertama yang lihat saya bertudung, dia juga gembira dengan keputusan ini. Ibu saya tersenyum dan macam nak nangis, dia sebak.
Saya percaya ibu juga doakan yang terbaik untuk saya, insya-Allah. Semoga istiqamah.