Pelakon, Sherie Merlis menafikan dakwaan dirinya bercinta dengan pelakon, Hasnul Rahmat.
Artikel Berkaitan: Ibu Bapa ‘Pergi’ Dalam Tempoh Kurang Setahun, Sherie Merlis Hampir Rebah & Hilang Semangat
Hanya kawan rapat
Sebaliknya, Sherie atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim berkata dia hanya berkawan rapat dengan Hasnul yang sentiasa memberi sokongan buatnya saat diperlukan.
Kami kawan rapat dan sebagai seorang pelakon sukar untuk mencari kawan. Contohnya, bila sudah rapat kami akan jarang berjumpa setiap kali penggambaran selesai.
Hasnul merupakan seorang sahabat yang baik dan kami sentiasa memberi sokongan terhadap satu sama lain.
Ada masanya memang kami tak berjumpa tapi kami boleh memahami tetap keakraban itu tidak pernah putus.
Sherie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! di majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa yang diadakan di TGV KLCC pada malam Isnin.
Dah lama rapat dengan Hasnul
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’ memaklumkan dia juga sudah berkawan rapat dengan Hasnul sebelum dirinya mendirikan rumah tangga lagi.
Sebenarnya dari sebelum saya berkahwin kami sudah berkawan baik.
Waktu itu juga dia sudah ada kekasih sampailah berkahwin dan bercerai memang kami tetap berkawan.
Hasnul memang seorang yang baik. Siapa sanggup bertahan jadi kawan saya, memang saya hargai sangat.
Terdahulu, timbulnya dakwaan mengatakan Sherie dan Hasnul menjalin hubungan cinta selepas tularnya beberapa foto mereka bersama di media sosial.
Gambar itu mula tular selepas Sherie didakwa sudah berpisah dengan bekas suaminya, Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid atau lebih dikenali sebagai Ash selepas lelaki itu memuat naik hantaran memberitahu dia kini bergelar bapa tunggal.
Untuk rekod, Sherie pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel pada 1992 namun bercerai lima tahun selepas mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Habib Daniel, 30, dan Harith Daniel, 29.
Manakala hasil perkahwinan dengan Ash pula, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Kaseh Anaqah, 13, dan Tengku Areef Bolkiah As Syafiee, 11.
Dalam perkembangan lain, Sherie bakal muncul menerusi filem ‘Bisikan Dosa’ yang akan mula ditayangkan di seluruh negara pada 9 Januari ini.
Video
@ohbulanofficial Mereka hanya berkawan ya ???#ohbulan #fyp #news #sheriemerlis #hasnrahmat #kawan #rapat #nafi #hubungan #istimewa ? original sound – OHBULAN!