berita

Video : Shila Amzah Juara Asian Wave 2012

September 21st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Rabu lalu pihak OHBULAN! baru sahaja berkongsi video nyanyian mantap Shila Amzah sewaktu menjalani pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, China. Nampaknya nyanyian mantap Shila Amzah telah berjaya menambat hati para juri, menerusi kejayaannya menyandang gelaran JUARA untuk pertandingan tersebut.

Menerusi kejayaan Shila, penyanyi ini telah berjaya menewaskan lima finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan India.

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh adik Shila sendiri, Syahir Amzah menerusi laman Tweeter miliknya beberapa jam yang lalu. Tahniah OHBULAN! ucapkan dan semoga Shila terus berjaya dalam karienya.

 

Bagi tidak menghampakan peminat-peminat, jom kita lihat video persembahan Shila sewaktu pertandingan akhir Asian Wave 2012 semalam.

SKIP THIS AD ×