berita

Video : Shinhwa Juarai Rancangan Mingguan K-Pop, M! Countdown

May 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-05-31 at 12.35.19 PM

Terkesima juga OHBULAN! selepas menonton video persembahan Shinhwa untuk sebuah rancangan hiburan popular Korea, M! Countdown.

Apa tidaknya, keghairahan koreografi dan juga persembahan mereka yang mantap tidak menunjukkan sedikit pun tanda bahawa ahli-ahli kumpulan Shinhwa sudah berumur lebih dari 30 tahun.

Semalam (30 Mei), Shinhwa dan Lee Hyori telah bersaing untuk merebut tempat pertama dan ya, Shinhwa berjaya merampas tempat sebagai pemenang apabila mereka mempersembahkan single terbaru mereka berjudul, “This Love”.

Bagi peminat-peminat Shinhwa, inilah saatnya anda melihat kekacakan ahli kumpulan ini. Memang tak dinafikan lagi.

Screen Shot 2013-05-31 at 12.32.20 PM

Saat markah undian dikeluarkan.

Mari tengok video persembahan Shinhwa selepas ini.

Sumber : Allkpop

SKIP THIS AD ×