berita

Video: Shinhwa Lancar MV This Love Versi Tarian Vogue

August 6th, 2013 | by Ai
Kini Trending

SHINHWA

Kumpulan K-Pop lagenda, Shinhwa kini tampil membuat kemunculan semula dengan mencuba tarian jenis vogue untuk muzik video terbaru berjudul This Love.

Untuk pengetahuan anda, vogue ialah sejenis tarian yang menyerlahkan gaya model melalui setiap pergerakan badan ketika menari.

Screen Shot 2013-08-06 at 12.21.18

Screen Shot 2013-08-06 at 12.15.33

Screen Shot 2013-08-06 at 12.15.44

Melalui MV versi tarian ini, peminat dapat melihat gaya koreografi unik yang dipersembahkan oleh keenam-enam anggota Shinhwa hingga mampu membuatkan penonton menari bersama.

Menerusi laporan allkpop, MV ini adalah sebagai hadiah Shinhwa kepada peminat sebelum mereka menamatkan promosi This Love kerana mahu menumpukan perhatian terhadap konsert dan aktiviti-aktiviti lain.

Bagi peminat Shinhwa, OHBULAN! ada sertakan MV This Love dan lihatlah sendiri gaya tarian vogue oleh kumpulan kesayangan anda di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×