berita

[VIDEO] Shukri Yahaya Hadiah Bagasi ‘Make Up’ Kepada Jurusolek, Tanda Terima Kasih Jaga Sepanjang Penggambaran

February 29th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Shukri Yahaya

Sepotong video menyaksikan pelakon, Shukri Yahaya menghadiahkan sebuah bagasi untuk menyimpan barang alat solek kepada seorang jurumekap telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ramai Wanita Nak ‘Check’ Telefon Suami Selepas Tengok Babak Curang Shukri Yahaya Guna Microsoft Excel

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shukri Yahaya Minta Maaf Lakon Babak Ada Unsur ‘Softpor*’ – ‘Saya Sangat Teruja Tanpa Fikir Sensitiviti’

Bagasi make up

Shukri Yahaya

Menerusi perkongsian di TikTok, Shukri dilihat menarik tangan jurusolek yang dikenali sebagai Ferry Karisma ke belakang sebuah kenderaan sebelum memberi kejutan dengan menghadiahkan sebuah bagasi berwarna putih.

Jurusolek tersebut kelihatan terharu dan gembira dengan pemberian hadiah berkenaan lantas memeluk aktor berusia 35 tahun itu sebagai tanda terima kasih.

Difahamkan, Shukri memberikan hadiah tersebut ketika mereka baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini.

Dalam video sama, Shukri atau nama lengkapnya Mohd Shukri Yahaya turut mengucapkan terima kasih kepada jurusolek tersebut yang banyak membantu dan menjaganya sepanjang dua bulan penggambaran.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 26 saat itu telah meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima 8,000 tanda suka.

Video

@ferrykarisma masa ni last day shooting LayangLayang Perkawinan.Alhamdulillah tq so much syuk di murahkan rezeki selalu???#tiktokmalaysia #makeupartismalaysia #tiktok2024 #tiktokviral #artismalaysia #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #ferrykarisma #makeupbyferrykarisma #fyp??viral #fypage #layanglayangperkahwinan ? The Way I Still Love You – Reynard Silva

Sumber: TikTok

 

SKIP THIS AD ×