Bagi seorang pelajar, majlis konvokesyen antara hari yang paling ditunggu-tunggu dalam hidup. Segala penat lelah menghabiskan pengajian akhirnya berbaloi apabila segenggam ijazah berada di dalam tangan.
Pengguna Twitter, Shahrin Nadzir kongsi pengalaman gugup apabila ditanya sifir 15×15 oleh Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika menerima skrol di atas pentas. Lucu betul! Siap buat kira-kira lagi.
Ditanya sifir 15×15
#uitmkonvokesyen90
Saya benar-benar tidak mahu perkara sebegini berlaku?Aku da la gugup atas tu, PC tanya soalan sifir 15×15 , allahu dengan gelabahnya aku pikir? dahlah aku jawap salah???? Nak nangis bhai atas tu lama pic.twitter.com/NGExAibjdy
— shahrin25 (@shahrinnadzir) April 17, 2019
Mendapat lebih 5k retweet dan 3k likes di Twitter, video yang dimuatnaik individu ini mencuit hati netizen apabila dia sedaya upaya menjawab sifir dalam keadaan gugup.
Di ruangan komen, graduan lain turut berkongsi pengalaman pernah ditanya soalan ketika konvokesyen oleh pro canselor yang sama.
Ada juga yang pernah kena
Ada juga yang pernah kena
Sumber : Shahrin Nadzir